Pada Jun lalu, kapal selam Titan dalam ekspedisi pelancongan untuk meneroka bangkai kapal Titanic telah dilaporkan meletup dan kesemua penumpang maut.

Menerusi satu laporan, pengasas bersama syarikat OceanGate, Guillermo Sohnlein menyatakan dalam satu temu bual bahawa dia kini menyasarkan untuk menghantar manusia ke planet Zuhrah menjelang 2050.

Baca Juga:

Untuk pengetahuan anda, OceanGate yang berpangkalan di Amerika Syarikat adalah syarikat sama yang menghantar sebuah kapal selam buatannya, Titan untuk menyaksikan bangkai Titanic sebelum ia meletup di dasar Lautan Atlantik pada Jun lalu.

Tambahnya, dia berharap syarikat baharunya boleh menghantar kira-kira 1,000 manusia ke Zuhrah, yang merupakan planet paling panas dalam sistem suria.