Umum tahu sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, bukan sahaja kesihatan orang ramai yang terjejas malah wabak ini turut memberi kesan besar kepada ekonomi dunia.

Industri yang terkesan teruk dengan kehadiran wabak ini sudah pastinya penerbangan di mana jumlah penerbangan kini lebih terbatas sekaligus membuatkan syarikat penerbangan memilih untuk mengurangkan kos operasi dengan membuang sejumlah besar pekerja.

Dari-Meja-CEO-Ke-Jalanan-Tony-Fernandes-Kini-Bergelar-Penghantar-Makanan-1

Tidak dinafikan kehadiran wabak ini turut memberi kesan kepada tokoh usahawan penerbangan iaitu Tan Sri Tony Fernandes. Jika pada minggu lalu, beliau dilaporkan menjadi rider penghantar makanan di bawah jenama AirAsia, beliau pada minggu ini dilaporkan sedia menjual estet mewah beliau di Scotland.

Difahamkan estet mewah dengan keluasan 125 ekar ini berjaya dibeli beliau pada tahun 2013 dengan harga sekitar £2.5 juta (RM13.55 juta). Dalam pada itu, jodoh Tony Fernandes dengan estet mewah ini nampaknya tidak berpanjang selepas terpaksa melepaskannya berikutan terkesan dengan pandemik COVID-19.

Berdasarkan laporan, penjualan estet itu termasuk tiga kediaman yang terdiri daripada Skeldon House, Castle Cottage dan Coach House. Berikut merupakan antara gambar yang estet mewah yang dijual Tony Fernandes.

125190758_10224442050257117_8256863668485073593_n
Sumber: Savilis
125253894_10224442053417196_4495396403619174251_n
Sumber: Savilis
125535265_10224442052817181_4018329228644090222_n
Sumber: Savilis
125493389_10224442054577225_5711127969925316338_n
Sumber: Savilis
125556395_10224442054977235_6241096467683087590_n
Sumber: Savilis
125334506_10224442051137139_6733289509107052313_n
Sumber: Savilis
125495314_10224442053177190_3740944925407856489_n
Sumber: Savilis
125523088_10224442053937209_1370021162625878012_n
Sumber: Savilis

Sememangnya tahun yang sukar buat syarikat yang dipimpin Tan Sri Tony Fernandes. Juga dapat dilihat kesungguhan Tony Fernandes dalam menambah model bisnes beliau daripada bisnes berasaskan penerbangan kos rendah kepada beberapa lagi cabang bisnes lain sewaktu tempoh pandemik tiba.

Semoga rantaian COVID-19 dapat diputuskan agar industri penerbangan dapat menyinar kembali sekaligus membuatkan orang ramai dapat kembali travel.

Ikuti juga kisah pramugari yang mencuba nasib menjual nasi kukus demi cari rezeki selepas hilang pekerjaan.

Hilang Kerja Di Awan Biru, Bekas Pramugari Ini Cuba Nasib Jual Nasi Kukus Demi Cari Rezeki

KWSP Benarkan Pencarum Terkesan Keluarkan Wang Akaun 1 Sehingga RM60,000

Sumber