Sebut sahaja dUCk, pastinya ramai yang mengetahui jenama tempatan ini. Sebelum ini, dUCk pernah mencipta kontroversi apabila memperkenalkan stapler berharga RM80 seunit.
Terbaharu, dUCk telah perkenalkan set mewarna eksklusif dimana hadir dengan set warna, berus dan sebuah lukisan kanvas. Mahu sentiasa kekal ‘relevent’, maka dUCk tampil dengan produk yang dekat dengan hati pengguna.
Untuk pengetahuan anda, set mewarna ini dijual dengan harga RM220 dan pastinya peminat jenama ini akan menyokong dengan membeli produk-produk yang dikeluarkan. Akan tetapi, ada netizen yang mempertikaikan akan harga set mewarna ini yang dilihat mahal dari kebiasaannya.
Seperti produk tangkap muat, pengguna TikTok @thekhanz mengatakan tidak setuju produk ini dijual dengan harga RM220 sedangkan ianya tidak nampak eksklusif dan hanya mahu mengaut keuntungan berlipat ganda.
@thekhanz my blood is boiling ❤️ #dUCk #duckscarves #fashionvalet #fyp
Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat pengguna TikTok tersebut dan para netizen juga mengatakan boleh dapatkan set mewarna seperti itu dengan harga yang murah di Shopee. Malah, netizen juga mendakwa harga produk itu mahal disebabkan jenama yang dibawa.
Akan tetapi, ada juga netizen yang mengatakan dUCk mempunyai ‘target’ pelanggannya tersendiri dan tidak bersetuju dengan pendapat pengguna TikTok tersebut. Menurut anda, adakah berbaloi untuk membeli set mewarna berharga RM220 ini?
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan dUCk pada pautan di bawah ini.
Stapler ‘dUCk’ Berharga RM80 Kembali Hangat Diperkatakan Netizen
Cetus Kontroversi, dUCk Didakwa Plagiat Rekaan Aksesori Tudung Jenama Bokitta
Terlepas Pandang Isu Kain Sutera, dUCk Henti Penjualan Tali Leher Edisi Khas Marvel