Baru-baru ini, sekumpulan pencipta konten dari Malaysia membuat kecoh di negara jiran selepas mengadakan cerita seorang wanita yang hilang di kawasan hutan. Mana tidaknya, mereka telah membabitkan banyak pihak dalam misi pencarian pada ketika itu.

Bagaimanapun, selepas diselidik oleh pihak berkuasa di sana, ternyata ia hanyalah satu konten bagi meraih pengikut di media sosial sahaja.

influencer
Sumber Gambar: Screenshot

Seminggu selepas kejadian itu berlaku, individu yang berlakon hilang itu pun tampil bersuara menerusi TikTok miliknya iaitu @Shesyaf yang turut dikenali sebagai Eyka dan membuat permohonan maaf di samping meminta orang ramai untuk tidak melibatkan ahli keluarganya dalam isu ini.

“Apa yang ingin saya katakan, saya menerima banyak lontaran & makian terhadap saya tetapi saya meminta tulus dari hati jangan mengganggu ataupun menghina family saya sebab mereka tiada apa-apa kesalahan,” tulisnya.

Eyka juga sempat menitipkan ucapan terima kasih atas nasihat atau teguran yang diberikan kepadanya. Bagaimanapun, ruangan komentar hantaran yang dimuat naik telah pun ditutup, dipercayai telah dipenuhi kecaman sebelum itu.

Dalam perkembangan lain, seorang peguam bernama Muhammad Aidil Akmah Sharidan menyatakan bahawa orang ramai boleh membuat laporan polis ke atas Ammar Nazhan.

Laporan tersebut adalah berdasarkan pemalsuan atau penipuan kes orang hilang. Jika laporan  sudah dibuat, Aidil percaya Ammar Nazhan boleh disiasat di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.