1 Mac 2023 merupakan salah satu tarikh bersejarah buat negara ini apabila Tesla sah bakal beroperasi secara rasmi di Malaysia dengan membuka ibu pejabat, pusat servis dan rangkaian ‘Supercharger’ sebagai permulaan pelaburan mereka.
Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Tengku Zafrul, pelaburan berkenaan dimudah cara oleh MITI menerusi inisiatif BEV Global Leaders ini pastinya akan mencipta lebih banyak pekerjaan berkemahiran sederhana dan tinggi buat rakyat Malaysia, dan membuka peluang perniagaan buat pemain industri tempatan.
Baca Juga:
- Butiran SSM Dikemas Kini, Tesla Bakal Buka ‘Showroom’ Rasmi Di Malaysia?
- Tesla Bot Berbentuk Manusia Diperlihatkan Buat Pertama Kalinya
- Pemilik Tesla Singapura Kongsi Pengalaman Mengembara Ke Utara Malaysia Guna Mod ‘Auto-Pilot’
Dalam satu ciapan terbaharunya, ada satu lagi berita gembira yang bakal diumumkan kelak kepada orang ramai. Hantaran itu telah menarik perhatian ramai yang tertanya-tanya apakah ‘berita baik’ itu.
Something AMAZING this way comes… pic.twitter.com/vlbG0IgzTQ
— Tengku Zafrul 🇲🇾 (@tzafrul_aziz) March 2, 2023
Ada yang mendakwa mungkin ada beberapa lagi jenama BEV lain seperti Nio, XPeng dan Wuling Hongguang bakal beroperasi secara rasmi di Malaysia.
Tidak kurang juga ada yang mendakwa berkemungkinan syarikat teknologi lain akan melabur di negara ini seperti Starlink, Amazon AWS, GigaFactory dan pelbagai lagi.
Orang ramai turut memuji pihak-pihak yang terlibat berjaya membawa masuk pelaburan yang ke negara ini, yang juga dapat memperluaskan lagi peluang pekerjaan pada masa hadapan.
gigafactory?starlink? https://t.co/AhUOMCLLuK
— farishh (@frshhz) March 2, 2023
I guess those AWS LinkedIn listings are finally getting filled https://t.co/Vkj9cIVHzv
— sübs (@drs94) March 2, 2023
Gigafactory in Malaysia? https://t.co/VFibsK8pJY
— Zhihan G. (@KLnista) March 2, 2023
It’s always interesting to me that Malaysians are very open to foreign investment. The general perception in recent years have been the investors aren’t coming and that is bad for the economy. https://t.co/wRvJxbWees
— Faris Abdurrachman (@fariss_rachman) March 2, 2023
Terdahulu, tular berita butiran SSM syarikat Tesla Services Sdn Bhd telah bertukar menjadi Tesla Sdn Bhd serta Jenis-jenis perniagaan juga dikemas kini menjadi; pemborong dan runcit kenderaan bermotor baru, aktiviti perkhidmatan lain yang berkaitan dengan pengangkutan darat, penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan bermotor.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.