China mempunyai cita-cita tinggi untuk mendominasi pelbagai pasaran dunia yang mana ketika ini lebih menfokuskan kepada kenderaan elektrik. Jadi, mereka berusaha sebaik mungkin untuk menandingi jenama terkemuka EV iaitu Tesla.

Dengan memiliki kemajuan teknologi menerusi kilang penghasilan kenderaan dan tenaga buruh yang mencukupi, kini impian negara itu menjadi kenyataan untuk menduduki tempat pertama di dalam arena EV.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, kecoh di media sosial apabila timbul satu video yang memperlihatkan kereta elektrik buatan China telah dibuang dalam skala besar di sebuah padang yang luas. Perkara ini sekaligus menjadi perdebatan ramai yang mengganggap ia sesuatu pembaziran dan membahayakan alam sekitar.

Cipta rekod jualan palsu untuk dominasi industri
Sumber Gambar: cnEVPost

Untuk menjadi pemain utama di industri EV, negara itu perlu mempunyai rekod jualan yang tinggi untuk kereta buatan mereka seperti BYD dan NETA.

Oleh itu, pengeluar kereta EV di sana telah mendaftar sejumlah kereta baharu lalu dibiarkan di sebuah kawasan terpencil untuk menghasilkan rekod jualan palsu tersebut lalu mendominasi pasaran EV global.

Dengan berbuat sedemikian, pengeluar kereta EV di China dilihat berjaya mendahului jualan lalu menewaskan pesaing lain. Bahkan, dengan rekod jualan palsu ini boleh mendorong minat pengguna kepada jenama mereka dan memasuki pasaran pelbagai negara lain dengan mudah.

Adakah taktik ini berjaya untuk jangka masa panjang?

Buat jangka masa pendek, China memang mendapat apa yang mereka mahu iaitu menjadi penghasil kereta terbesar dan juga mempunyai jualan tertinggi di peringkat global.

Namun, realitinya kerajaan mereka terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk memastikan perancangan dominasi pasaran EV global boleh dijayakan.

Hal ini termasuklah pemberian dana mencecah trilion ringgit, pengecualian cukai, sumber bateri dan banyak lagi hanya kerana mahu menawarkan harga kereta yang kompetitif.

Berdasarkan laporan sebelum ini, sebuah syarikat pengeluar EV di China yang kian meningkat naik ketika ini sebenarnya tidak mampu bertahan dengan hanya jualan kereta semata-mata.

Mereka dikatakan menerima bantuan kerajaan China mencecah berbilion-bilion ringgit untuk memastikan boleh terus bersaing di peringkat global.

Selain aspek ekonomi, alam sekitar juga turut terjejas ekoran terlalu banyak sisa sumber alam yang tidak terurus di negara terbabit. Ini termasuklah sumber alam seperti kaca, besi dan kimia yang digunakan untuk penghasilan sesebuah kereta elektrik.