Seorang warganegara Malaysia dilaporkan dicekup Polis Persekutuan Australia (AFP) selepas terlibat dalam komplot pemerdagangan transnasional untuk mengimport 100kg dadah jenis methamphetamine ke Australia yang disembunyikan di dalam peralatan elektronik.
Memetik kenyataan rasmi AFP, lelaki berusia 45 tahun ditahan selepas siasatan bermula apabila pegawai Pasukan Sempadan Australia (ABF) menemui dadah terlarang itu dalam konsainan kargo udara yang tiba dari Malaysia pada 16 Oktober 2024.
Baca Juga:
- Gelandangan Tikam Ahli Farmasi Malaysia Di Australia Sampai Maut
- Pemandu Lori Terbabas Dipercayai Tertidur Dan Positif Memandu Dalam Pengaruh Syabu
- Ustaz ‘Halalkan’ Penggunaan Syabu Yang Diambil Sewaktu Membaca Al-Quran
Apabila pegawai ABF memeriksa konsainan itu, mereka menemui bongkah-bongkah bahan putih, seberat kira-kira 100kg kesemuanya, disembunyikan di dalam menara komputer. Bahan itu menunjukkan keputusan positif sebagai dadah methamphetamine.
ABF memaklumkan AFP, dengan pegawai mengeluarkan dadah terlarang sebelum konsainan dikeluarkan untuk penghantaran.
Konsainan itu dihantar ke unit simpanan Kingsgrove pada(30 Oktober 2024, di mana lelaki warga Malaysia 45, didakwa memiliki barangan elektronik tersebut.
Dia kemudiannya ditahan oleh AFP dan didakwa dengan satu pertuduhan cuba memiliki kuantiti komersial dadah terkawal sempadan, iaitu 100kg methamphetamine, bertentangan dengan seksyen 307.5 Kanun Jenayah 1995 (Cth).
Kesalahan ini membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup.