Sedar tidak sedar, anak angkat kepada penyanyi Noh Salleh iaitu Musa telahpun menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-2 pada hari ini.

Bersempena ulang tahun kelahiran ini, Noh Salleh nampaknya turut mendedahkan wajah Musa kepada umum buat pertama kali menerusi laman media sosial beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian, Noh Salleh meluahkan rasa rindu beliau terhadap Musa serta berharap mereka dapat disatukan serta mendapatkan layanan daripada seorang ayah.

Perkongsian ringkas beliau turut mendapat perhatian orang ramai serta rakan artis yang rata-ratanya mendoakan Musa.

Sumber: Instagram @mohammadnohbinsalleh
Sumber: Instagram @mohammadnohbinsalleh

Untuk pengetahuan, Noh Salleh sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Mizz Nina atau nama sebenar Shazrina Azman pada Julai 2011 sebelum memutuskan untuk bercerai pada Ogos tahun lalu.

Pasangan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata tetapi memiliki seorang anak angkat bernama Musa yang diperkenalkan kepada umum sekitar April 2022.

Sumber