Sebelum ini, penyanyi terkenal, Zamani Slam mengakui masalah tulang belakang melengkung atau skoliosis yang dihidapinya sejak dua tahun lalu kini semakin serius.
Difahamkan, Zamani juga sedang mendapatkan khidmat rawatan tradisional sebagai ikhtiar untuk merawat masalah tulang belakangnya yang semakin membengkok.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @annasoffiya telah memuat naik video memaparkan Zamani sedang membuat persembahan di Bangi Avenue Convention Center (BACC).
@annasoffiya 🦋🌼🍃🌹#iftar2022 #fypシ #fyp #foryou
Menerusi perkongsian video tersebut, dapat dilihat keadaan terkini Zamani dimana keadaan fizikal Zamani terlihat berubah disebabkan skiliosis. Akan tetapi, ia tidak menjadi penghalang untuk Zamani menyanyi dengan baik sekaligus menghiburkan para tetamu yang ada.
Video tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut melihat keadaan terkini Zamani. Para netizen turut mendoakan agar Zamani kembali sihat dan tulang belakangnya akan menunjukkan perkembangan positif.
No matter what the legend still cannot be replace. https://t.co/v3WpT2n94Y
— T.U.L.I.P🌷 (@The_redTULIP) April 24, 2022
https://twitter.com/yshaeisl/status/1518369372368441345
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut memuji suara Zamani yang merdu sama seperti dahulu walaupun sakit dan kagum dengannya kerana masih kuat untuk menghiburkan peminat.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.
Dakwa Tidak Ada ‘Agreement’ Punca PA Baharu DSV Gaji RM10,000 Tolak Untuk Bekerjasama
‘Tiada Common Senses’ – Netizen Kecewa Pengunjung Sepahkan Barangan Sewaktu Membeli Belah