Pada setiap tanggal 31 Ogos, rakyat Malaysia akan meraikan Hari Kebangsaan sebagai memperingati sejarah negara kita mencapai kemerdekaan dan bebas daripada penjajah.

Selain daripada menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan, anda juga mungkin boleh ‘food hunting’ dengan harga promosi. Terdapat banyak promosi menarik yang ditawarkan oleh kedai makanan dan minuman (F&B) sempena sambutan bulan kebangsaan ini. Jom kami kongsikan promosi-promosi tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

1. Pizza Hut

Diskaun sebanyak 50% untuk piza bersaiz regular, sup cendawan dan juga garlic bread. Anda boleh dapat air percuma hari ini jika laung ‘MMM-DEKA!’ ketika pembelian.

2. Texas Chicken

Terdapat dua kombo iaitu ayam atau nuget dengan harga RM6.60 sahaja. Pembelian terhad kepada lima set sahaja (gabungan keseluruhan) untuk setiap pelanggan.

3. Secret Recipe

Secret Recipe hadir dengan tawaran yang menarik iaitu beli 2 percuma 1 kek bermula dari jam 12 tengahari hingga 5 petang. Akan tetapi, hanya terhad untuk 4 pembelian kek setiap pelanggan.

4. A&W

Bagi anda yang teringin nak minum minuman ikonik dari A&W, ini lah masanya kerana hari ini RB Float hanya berharga RM2 sahaja.

5. Subway

Peminat Subway boleh beli Roasted Chicken Sub bersaiz 6 inch dengan harga RM6 sahaja. Promo ini terhad untuk 2 sandwich sahaja setiuap pelanggan.

6. Tealive

Tealive beri diskaun sebanyak 31% untuk minuman kedua anda yang berharga RM10 atau ke bawah apabila memasukkan kod MY31 dalam aplikasi Tealive anda.

Mesti anda rambang mata tak tahu mahu makan mana satu, bukan? Apa kata dapatkan semua promosi ini, barulah boleh cuba semua makanan bersama keluarga dengan harga yang berpatutan.