Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan yang disambut oleh kaum Cina dimana ia disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 mengikut kalendar Cina, iaitu pada akhir bulan Ogos.

Salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini sudah semestinya kuih bulan itu sendiri. Kuih bulan biasanya dibuat daripada adunan manis berinti kacang merah, biji teratai mahupun kuning telur masin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Buat anda yang tidak pernah makan kuih bulan, apa kata anda cuba kerana ada kuih bulan halal dijual di pasaran. Jom lihat senarai kuih bulan halal ‘best seller’ di bawah ini.

1. Starbucks

Kali ini, Starbucks Malaysia tampil dengan 4 pilihan flavours iaitu Caramel Macchiato, Chocolate Praline, Golden Lotus Salted Egg dan Matcha Adzuki.

Menariknya, set kuih bulan ini juga didatangkan dengan beg khas comel dan harganya set termasuk beg hanyalah RM148.

Anda boleh dapatkan set kuih bulan ini di cawangan Starbucks terdekat anda dan nikmati ia bersama keluarga anda.

2. InterContinental KL

Untuk Pertengahan Musim Luruh, InterContinental KL mempersembahkan tema Taman Sinaran Bulan (‘Moonlit Garden’) yang memperagakan pelbagai jenis kek bulan yang dibuat khas daripada Tao Chinese Cuisine, pemegang anugerah ‘Best Muslim-Friendly Chinese Restaurant’ dari Malaysia Tourism Award.

Tahun ini, flavours yang diperkenalkan Musang King Durian Snow Skin with Oats – dibuat dengan durian Musang King premium yang berkrim, Baked Almond Purple Sweet Potato Skin with Pandan Paste – gabungan perisa ubi keledek yang kaya dengan antioksidan semula jadi, serta kegemaran ramai, Butterfly Pea Flower Snow Skin with Bird’s Nest and White Lotus Paste – diselitkan dengan sarang burung yang tinggi dengan kolagen untuk kulit cantik.

‘Moonlit Waters’ datang dalam set 2 kek bulan, manakala set ‘Moonlit Blossoms’ datang dengan 4.

● Classic Moonlit Waters – RM138 untuk mana-mana 2 kuih bulan
● Premium Moonlit Waters – RM168 untuk mana-mana 2 kuih bulan
(tidak termasuk Musang King Snow Skin & Butterfly Pea Flower Snow Skin)
● Classic Moonlit Blossoms – RM178 untuk mana-mana 4 Kuih Bulan
● Premium Moonlit Blossoms – RM228 untuk mana-mana 4 Kuih Bulan (tidak termasuk Musang King Snow Skin & Butterfly Pea Flower Snow Skin)
● Luxe Moonlit Blossoms – RM288 untuk mana-mana 4 Kuih Bulan (didatangkan dengan 2 sachet Teh Hitam Tao Signature dibalut dengan kain Furoshiki dan beg tote)

Klik sini untuk pesan atau beli sahaja di lobi hotel.

3. Santan x A.Cross Creations

Santan, jenama hidangan dalam penerbangan AirAsia, kini mengembangkan tawarannya dengan kerjasama A.Cross Creations melalui pelancaran kuih bulan premium di dalam penerbangan AirAsia.

Setiap pek istimewa kuih bulan ini terdiri daripada enam jenis kuih bulan premium yang dibungkus kemas dengan pelbagai perisa unik. Mereka yang mendambakan perisa tradisional akan menggemari perisa Kacang Merah dan Pandan klasik dengan Pes Kelapa Berkrim dan kelapa kering. Para pelanggan juga boleh mencuba perisa unik seperti Matcha, Red Bean Omochi dan Low Sugar White Lotus with Single Yolk, atau Pure Lotus Bunny dan Red Bean Bunny, kuih bulan dengan reka bentuk seekor arnab, haiwan yang simbolik dengan sejarah di sebalik Festival Pertengahan Musim Luruh.

Pek istimewa yang memikat ini turut lengkap dengan dua kopi Santan 92’ Signature Blend serta dua set pesawat buatan sendiri. Pek premium kuih bulan A.Cross Creations x Santan ini dijual pada harga RM168 setiap satu, dan tersedia di dalam semua penerbangan AirAsia dengan kod AK dan D7 serta cawangan Santan terpilih iaitu Wisma Tune, The Garden Mall, RedQ dan RedStation selagi stok masih ada.

4. Mooncake halal Syikin

https://www.instagram.com/p/Cv6_Y6Yp8oo/

Jika anda mahu cuba kuih bulan homemade, anda boleh cuba kuih bulan dari Mooncake halal Syikin ini. Mooncake Halal Syikin menawarkan pelbagai perisa kuih bulan yang dibuat homemade.

Paling bestseller ialah set chocolate filling dengan pilihan dark chocolate, caramel atau chip. Rasa memang sedap, terutama sekali apabila panaskan 2 minit sebelum makan.

Anda boleh buat tempahan di sini.

Mesti anda sudah terliur melihat kuih-kuih bulan ini, bukan? Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan kuih bulan ini kerana ia bukan dijual sepanjang masa.