Setiap perniagaan yang dijalankan di dalam Malaysia perlulah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tidak kira sama ada perniagaan itu berskala kecil, apatahlah lagi yang berskala besar.

Terbaharu, penjaja kecil di seluruh negara diminta mendaftar dengan SSM bagi memudahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mendapatkan pangkalan data senarai penerima subsidi minyak masak bersasar.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, berkata program subsidi minyak masak bersasar yang akan dimulakan secara berperingkat tahun depan itu akan memperincikan lagi penerima yang layak selain untuk golongan B40 dan M40.

“Penjaja kecil seperti penjual pisang goreng, karipap, keropok lekor dan ayam gunting juga termasuk dalam senarai penerima. Kita minta mereka mendaftar dengan SSM kerana ia percuma untuk B40.

“Golongan penjaja ini terdiri daripada sejuta pemain industri mikro yang kebanyakannya tidak mendaftar. Mereka mungkin takut mendaftar, nanti kena bayar cukai. Sebenarnya jika tidak cukup (had) pendapatan, tidak perlu bayar (cukai)… mereka hanya perlu membuat laporan tahunan saja, ini yang mereka tidak faham.

“Sekiranya mereka mendaftar, ia akan memudahkan kami. Kami nak mulakan satu persatu untuk masukkan golongan ini ke dalam dasar yang dibuat,” katanya.

Sementara itu, sejumlah 60,000 tan metrik minyak masak bersubsidi disediakan kerajaan untuk golongan sasar, setiap bulan — setiap isi rumah memerlukan kira-kira 4.8 kilogram minyak masak sebulan.

Menurut beliau, seramai 5.8 juta rakyat golongan B40 dan M40 yang layak menerima subsidi minyak masak telah dikenal pasti, namun pihaknya masih berdepan masalah untuk mengumpul dan menyelaraskan data.

Sumber