Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Fadzil menyatakan bahawa tiada lagi bayaran atau caj tambahan akan dikenakan kepada pengguna untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan 5G.

Menurut beliau, perkara tersebut telah dipersetujui dan dimaklumkan kepadanya oleh semua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat telekomunikasi (telco), petik Kosmo.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Setiap pengguna mempunyai pelbagai pilihan penawaran pelan dan perkhidmatan tambahan 5G berdasarkan kesesuaian penggunaan individu.

“Bagaimanpun pengguna perlu memastikan peranti yang diguna menyokong rangkaian 5G.

“Dulu masa 3G naik taraf ke 4G, tiada caj tambahan. Bila 4G naik taraf ke 5G, tak sepatutnya ada caj tambahan.

“Dengan pengumuman ini, saya ingin mengajak semua untuk naik taraf perkhidmatan telekomunikasi anda ke 5G,” katanya.

Sementara itu, Fahmi menyerahkan perkara tersebut kepada CEO syarikat telekomunikasi untuk membuat keputusan bagi pengguna yang sudah dikenakan caj tambahan sebelum ini.

“Perkara itu kita serahkan kepada syarikat telekomunikasi untuk menjawab. Sama ada mereka nak bayar semula kepada pengguna atau sebaliknya,” jelas beliau.

Terdahulu, kerajaan dilapor mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap syarikat telekomunikasi yang mengenakan caj bayaran tambahan kepada pelanggan sedia ada mereka untuk mengakses perkhidmatan 5G.

Pada September 2023, pengguna 5G di negara ini baru mencecah 4.2% walaupun liputan telah mencecah 68.8%. Manakala pada Januari 2023, Digital Nasional Berhad (DNB) dilaporkan berjaya melangkaui sasaran awal sebanyak 40% liputan 5G di kawasan berpenduduk yang disasarkan untuk 2022.

Sumber