Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) mengesahkan Glasgow di Scotland dipilih sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026 yang akan berlangsung dari 23 Julai hingga 2 Ogos.
Ini adalah penganjuran kali kedua di bandar itu selepas tahun 2014. 3,000 atlet dari 74 negara dan wilayah Komanwel dijangka mengambil bahagian.
Baca Juga:
- TERKINI: Malaysia Tolak Tawaran Anjurkan Sukan Komanwel 2026
- Rakyat Malaysia Tolak Penganjuran Sukan Komanwel Di Negara Ini
- Kategori E-Sukan Bakal Disingkir Sepenuhnya Pada Sukan Komanwel 2026
Glasgow menawarkan diri selepas Malaysia enggan menerima tawaran itu bagi menggantikan Victoria yang sepatutnya menjadi tuan rumah namun menarik diri pada Julai tahun lepas ekoran peningkatan kos penganjuran.
Pada edisi kali ini, hanya 10 sukan sahaja bakal dipertandingkan di empat venue sekitar radius 12.8 kilometer (km) berbanding 19 sukan pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England.
Senarai 10 acara yang dipertandingkan dalam Sukan Komanwel 2026
- Olahraga
- Renang
- Gimnastik artistik
- Basikal trek
- Bola jaring
- Angkat berat
- Tinju
- Judo
- Boling
- Bola Keranjang 3×3
Terjun, memanah, badminton, kriket T20, hoki, mendayung, ragbi tujuh sepasukan dan skuasy yang menjadi prospek pingat emas negara antara sukan yang tidak akan dipertandingkan pada edisi kali ini.