Malaysia memutuskan untuk menolak pelawaan yang diberikan untuk menjadi tuan rumah temasya Sukan Komanwel yang bakal diadakan pada tahun 2026.

Perkara ini disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh dimana beliau menegaskan keputusan dibuat oleh Jemaah Menteri pada hari ini yang mana Malaysia tidak setuju untuk menerima tawaran sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kementrian Belia dan Sukan hari ini mengumumkan keputusan Kerajaan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026. Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang hari ini telah mengambil keputusan tersebut setelah meneliti semua aspek penganjuran dan implikasi.

“Delegasi daripada CGF telah bertemu Menteri Belia dan Sukan dan mengadakan sesi penerangan mengenai tawaran selaku tuan rumah itu yang turut dihadiri oleh Menteri Kewangan Kedua pada 5 Februari 2024.

“Hasil pertemuan itu dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan antara lain mengutarakan tawaran CG berjumlah 100 juta pound (RM603 juta) dijangka tidak mampu menampung kos keseluruhan penganjuran temasya sukan berskala besar.

“Selain itu, impak ekonomi tidak dapat dikenalpasti dalam jangka masa singkat ini. Kerajaan Madani mengucapkan terima kasih kepada CGF atas penawaran tuan rumah Sukan Komanwel 2026. Namun, pada ketika ini kerajaan mahu memberi fokus kepada pembangunan sukan serta kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” dipetik dari kenyataan dikeluarkan KBS.

Keputusan ini mendapat sambutan yang baik dari rakyat kerana mereka mahu sumber yang bakal digunakan untuk menjadi tuan rumah disalurkan terhadap perkara lain yang boleh memberi menfaat kepada rakyat.