Seperti ramai sedia maklum, Lembah Klang telah dilanda dengan bencana banjir di mana terdapat beberapa kawasan yang lumpuh membuatkan orang ramai terputus hubungan serta gagal mendapatkan bantuan barangan keperluan.
Dalam pada itu, di saat bantuan amat diperlukan, Kementerian Belia dan Sukan tampil melancarkan Skuad Sukaralewan Pasca Banjir Kementerian Belia Dan Sukan menerusi sebuah acara rasmi yang disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu.
— wahyu ilahi (@WahyuYordan) December 19, 2021
Menerusi sedutan ucapan YB Dato’ Seri Ahmad Faizal, pelancaran skuad ini bertujuan bagi meringankan beban mangsa banjir yang terlibat. Pihak KBS juga memaklumkan sedia menyediakan fasiliti-fasiliti terdiri daripada kompleks belia dan sukan akan dijadikan pusat pemindahan sementara bagi meringankan kesulitan yang dihadapi Keluarga Malaysia.
Usaha yang dilakukan pihak KBS ini walau bagaimanapun kurang disenangi oleh para netizen yang berpendapat tidak perlu buat pihak KBS mengadakan majlis rasmi sebaliknya boleh menjalankan misi bantuan yang diperlukan secepat mungkin. Berikut merupakan respon netizen terhadap majlis yang diadakan pada tengah hari ini.
nk rasmi apa lg? the amount of resources used to set this thing up could be used to actually help the victims now https://t.co/um9nfR5Koo
— lel (@khlladli) December 19, 2021
doing majlis at this time is really not necessary https://t.co/wOyjFEJAwR
— dhydhy ia (@joelxuxi) December 19, 2021
How much money do they spend on this event??? Their logic is that they need to organise an event in order to help people is it? https://t.co/OBqNvVcrSV
— Sherry (@Sherrystarlet14) December 19, 2021
Orang ramai berpeluang mengikuti ucapan YB Dato’ Seri Ahmad Faizal secara rasmi menerugi laman Instagram @KBS Malaysia. Diharapkan semoga segala bantuan yang diberikan daripada pelbagai pihak termasuk para sukaralewan sekaligus bakal memudahkan mangsa banjir yang terlibat.
Ketahui lebih lanjut mengenai punca bencana yang menimpa Lembah Klang baru-baru ini menurut ulasan pakar meteorologi ini dengan klik pautan di bawah.
Bukan Lagi Banjir Kilat, Ini Ulasan Pakar Meteorologi Mengenai Bencana Yang Menimpa Lembah Klang
Terowong SMART Aktifkan Sistem Banjir Mod 4, Orang Ramai Diminta Waspada Hujan Dijangka Berterusan