Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mencadangkan supaya stadium utama di semua negeri dinaik taraf dengan memanfaatkan peruntukan bantuan geran RM500,000 daripada Kerajaan Persekutuan.

Menurut kenyataan rasmi KBS, cadangan naik taraf stadium utama di setiap negeri adalah sebagai persediaan Liga Malaysia untuk memastikan padang sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan tiada air bertakung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kerajaan negeri yang telah bersetuju, perlu memberi komitmen bagi beberapa perkara iaitu menentukan lokasi stadium yang dipersetujui oleh kerajaan negeri setelah mendapat pandangan Malaysian Football League (MFL).

“Peruntukan RM 300,000.00 untuk naik taraf sistem saliran padang serta menggunakan khidmat kontraktor yang berwibawa dan sesuai dengan standard yang digariskan oleh MFL

“Peruntukan RM 200,000.00 digunakan untuk naik taraf padang dengan menukar rumput kepada jenis rumput bilah halus (fine-blade grass),” kata kenyataan rasmi KBS.

Ketika ini hanya tiga stadium sahaja di Malaysia yang menggunakan rumput jenis bilah halus iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Sultan Ibrahim (Zeon Zoysia) serta Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (Bermuda).

Malah, Stadium Larkin di Johor juga merupakan satu-satunya stadium yang memiliki padang dengan rumput jenis Hybrid. Padang hybrid merupakan teknologi moden yang pada masa ini digunakan di Eropah.

Sebelum ini, beberapa negeri tidak dapat meneruskan projek penanaman rumput Zeon Zoysia kerana memikirkan kos selenggara tinggi yang perlu ditanggung pada setiap bulan.

Namun, pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berkenan menyumbang RM300,000 untuk penyelenggaraan padang bagi tahun pertama kepada setiap pasukan Liga Super.