Real Madrid kekal di puncak senarai kelab bola sepak terkaya dunia manakala Liverpool mengatasi beberapa kelab England lain buat kali pertama.
Statistik mengenai kelab bola sepak terkaya dunia itu dikeluarkan hasil kajian menurut sumber Deloitte Money League.
Los Blancos telah menjana hampir $1.4 bilion (€1.2 bilion) pendapatan pada musim 2024/25 meskipun gagal memenangi sebarang trofi utama.
Barcelona kembali naik ke tangga kedua (€975 juta) dalam senarai Deloitte walaupun terpaksa beraksi sepanjang musim di luar Camp Nou yang masih dalam proses pembangunan semula.

Bayern Munich berada di tempat ketiga (€861 juta), sedikit mengatasi Paris Saint-Germain yang menerima lonjakan pendapatan hasil kejayaan menjuarai Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama.
Selebihnya dalam kelompok 10 teratas didominasi kelab Liga Perdana Inggeris dengan Liverpool mendahului kelab-kelab England buat kali pertama.
Manchester City dan Manchester United pula jatuh dalam senarai. Skuad kendalian Pep Guardiola, City merosot dari tempat kedua ke keenam selepas tersingkir awal dari Liga Juara-Juara dan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tempat ketiga selepas empat kejuaraan berturut-turut.

United pula jatuh ke belakang Arsenal di tempat kelapan selepas gagal layak ke Liga Juara-Juara dan menamatkan liga di tangga ke-15.
Secara keseluruhan, 20 pasukan dengan pendapatan tertinggi di Eropah mencatat peningkatan hasil sebanyak 11 peratus kepada €12.4 bilion.
Senarai 20 Kelab Terkaya Dunia
1) Real Madrid – €1.2 bilion
2) Barcelona – €974.8 Juta
3) Bayern Munich – €860.6 Juta
4) Paris Saint-Germain – €837 Juta
5) Liverpool – €836.1 Juta
6) Manchester City – €829.3 Juta
7) Arsenal – €821.7 Juta
8) Manchester United – €793.1 Juta
9) Tottenham Hotspur – €672.6 Juta
10) Chelsea – €584.1 Juta
11) Inter Milan – €537.5 Juta
12) Borussia Dortmund – €531.3 Juta
13) Atletico Madrid – €454.5 Juta
14) Aston Villa – €450.2 Juta
15) AC Milan – €410.4 Juta
116) Juventus – €401.7 Juta
17) Newcastle United – €398.4 Juta
18) VFB Stuttgart – €296.3 Juta
19) Benfica – €283.4 Juta
20) West Ham United – €276 Juta