Permainan simulasi pengurus bola sepak terkenal dunia, Football Manager 26 sudah menemui peminatnya dan seperti dijangka, ia terus membawa evolusi baharu kepada pengalaman mengurus kelab dalam dunia maya.

Football Manager 26 hadir dengan beberapa penambahbaikan seperti yang pernah dikongsikan The Vocket dalam artikel sebelum ini sebagai contoh pemerolehan lesen rasmi Premier League termasuk jersi, logo dan wajah pemain sebenar tanpa perlu memuatnaik ‘patch’ seperti dilakukan sebelum ini.

Baca Juga:

Bagi ‘pengurus’ yang mengendalikan pasukan yang tidak mempunyai kewangan mantap, anda boleh merangka strategi pembinaan skuad yang bijak dimana salah satunya melalui pemburuan ejen bebas (free agents).

Ejen bebas yang tidak lagi mempunyai kontrak dan tersedia untuk perpindahan secara percuma, ia merupakan peluang terbaik untuk memperkuatkan pasukan anda sambil kekal berbelanja dengan bajet yang ketat.

Di sinilah pasaran ejen bebas  menjadi lubuk emas yang ramai pemain FM mula manfaatkan. Mungkin ada daripadanya sudah agak berusia tapi mereka masih mampu menyumbang buat pasukan anda.

Berikut merupakan senarai pemain berkualiti yang bergelar ejen bebas dan boleh dipertimbangkan dalam pasukan anda mengikut posisi:

Ejen Bebas Football Manager 26 (Mula Permainan Pada 7 Julai 2025)

Penjaga gol

1) Fraser Foster – 37 tahun – England

2) Vicente Guaita – 38 tahun – Sepanyol

3) Darren Randolph – 38 tahun – Ireland

4) Hirotsubu Nakabayashi – 39 tahun – Jepun

5) Alessio Cragno – 31 tahun – Itali

6) Manuel Riemann – 37 tahun – Jerman

Pertahanan 

1) Takehiro Tomiyasu – 27 tahun – DR / DC / DL – Jepun

2) Rui Mario – 31 tahun – DC – Portugal

3) Hugo Mallo – 34 tahun – DR/WBR – Sepanyol

4) Juan Bernat – 32 tahun – DL/WBL – Sepanyol

5) Mohammed Abdel Shafy – 40 tahun – DL/WBL – Mesir

6) Ivan Marcano – 38 tahun – DC – Sepanyol

7) Sergio Reguilon – 29 tahun – DL/WBL – Sepanyol

Tengah

1) Damian Diaz – 39 tahun – AM/CM – Ecuador/Argentina

2) Rafinha – 32 tahun – MC/AMC/AMR – Brazil/Sepanyol

3) Fernandinho – 40 tahun – DM/MC – Brazil

4) Oriol Romeu – 34 tahun – DM/MC – Sepanyol

5) Giacomo Bonaventura – 36 tahun – MC/AMC/AML – Itali

6) Hakim Ziyech – 32 tahun – AMR/AMC/AML – Maghribi

7) Fernando – 38 tahun – DM/MC – Brazil

Penyerang 

1) Dries Mertens – 38 tahun – AM/ST – Belgium

2) Diego Costa – 37 Tahun – ST – Sepanyol/Brazil

3) Lorenzo Insigne – 34 tahun – AML/AMR/ST – Itali

4) Radamel Falcao – 39 tahun – ST – Colombia

5) Silvio Romero – 37 tahun – ST – Argentina

6) Gerard Deulofeu – 31 tahun – AMR/AML/ST – Sepanyol

7) Vincent Aboubakar – 33 tahun – ST – Cameroon