Perodua hari ini mengumumkan pengurangan harga bagi model Axia, kereta kompak paling mampu milik serta kenderaan pilihan utama rakyat Malaysia, sehingga RM4,700 berkuat kuasa serta-merta.

Penyelarasan harga ini mencerminkan peningkatan kecekapan operasi syarikat yang berterusan, sekali gus menegaskan komitmen Perodua untuk memberikan nilai nyata kepada pelanggan dalam mendepani situasi ekonomi semasa.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, penyelarasan harga ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan syarikat bagi meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat Malaysia ketika ini.

“Harga baharu ini turut mencerminkan usaha berterusan kami untuk meningkatkan lagi keberkesanan operasi syarikat. Langkah ini secara tidak langsung membolehkan penjelmaan pengurangan kos perkhidmatan serta penyelarasan semula harga bagi tawaran QV-E dan Battery as a Service (BaaS),” jelas beliau.

Semua spesifikasi dan piawaian kualiti bagi model Axia kekal tidak berubah, di mana penjimatan kos tersebut diperoleh sepenuhnya menerusi penambahbaikan proses dan kecekapan operasi.

Harga Baharu Perodua Axia
Semenanjung Malaysia (Peninsular Malaysia)

1. Axia 1.0G

Harga Asal: RM 38,600

Harga Baharu: RM 33,900

Pengurangan: RM 4,700

2. Axia 1.0X

Harga Asal: RM 40,000

Harga Baharu: RM 38,500

Pengurangan: RM 1,500

3. Axia 1.0SE

Harga Asal: RM 44,000

Harga Baharu: RM 43,000

Pengurangan: RM 1,000

4. Axia 1.0AV

Harga Asal: RM 49,500

Harga Baharu: RM 49,000

Pengurangan: RM 500

Sabah & Sarawak (East Malaysia)

1. Axia 1.0G

Harga Asal: RM 40,600

Harga Baharu: RM 35,900

Pengurangan: RM 4,700

2. Axia 1.0X

Harga Asal: RM 42,000

Harga Baharu: RM 40,500

Pengurangan: RM 1,500

3. Axia 1.0SE

Harga Asal: RM 46,000

Harga Baharu: RM 45,000

Pengurangan: RM 1,000

4. Axia 1.0AV

Harga Asal: RM 51,500

Harga Baharu: RM 51,000

Pengurangan: RM 500

Penyelarasan harga ini adalah hasil daripada inisiatif penambahbaikan berterusan yang dilaksanakan menerusi kerjasama rapat dengan pembekal tempatan serta rakan kongsi dalam ekosistem automotif tempatan.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua vendor dan pengedar atas kerjasama penuh yang diberikan dalam meningkatkan kecekapan kos demi manfaat bersama industri dan seluruh rakyat Malaysia,” tambah Dato’ Sri Zainal.

Sebagai kenderaan paling mampu milik di Malaysia, Axia telah lama berkhidmat sebagai mod pengangkutan yang boleh dipercayai.

Pelarasan harga ini mengukuhkan lagi komitmen Perodua dalam memastikan model ini kekal boleh diakses oleh semua lapisan pengguna di seluruh negara.

Orang ramai digalakkan untuk mengunjungi bilik pameran Perodua terdekat dan berhubung dengan mana-mana penasihat jualan sah Perodua untuk maklumat atau penjelasan lanjut.