Seperti yang kita ketahui, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah memperkenalkan kejohanan baharu di peringkat kelab iaitu AFC Champions League Elite (ACLE) pada musim 2024-2025.

ACLE kali ini melibatkan 24 kelab elit di Asia yang menawarkan wang hadiah lumayan sebanyak AS$10,000,000 (RM47.08 juta) untuk juara manakala naib juara turut membawa pulang AS$4,000,000 (RM18.83 juta).

Baca Juga:

Setakat ini AFC telah mengumumkan 21 kelab yang layak beraksi di ACLE manakala baki dua slot lagi akan diisi oleh pasukan yang memenangi pusingan kelayakan (play-off). Satu lagi kelab dari Iraq akan diumumkan kemudian.

24 pasukan ini dibahagikan kepada 12 pasukan mengikut zon Asia Barat dan Asia Timur.

Senarai penuh kelab yang beraksi di ACLE pada musim 2024-2025 ialah:

Asia Barat:
  1. Al Hilal SFC (Arab Saudi)
  2. Al Nassr (Arab Saudi)
  3. Al Ahli Saudi FC (Arab Saudi)
  4. Al Sadd (Qatar)
  5. Al Rayyan (Qatar)
  6. Persepolis FC (Iran)
  7. Esteghlal FC (Iran)
  8. Al Ain FC (UAE)
  9. Al Wasl FC (UAE)
  10. FC Pakhtakor (Uzbekistan)
  11. TBC (Iraq)
  12. Al Gharaffa (Qatar) atau Shabab Al Ahli (UAE) atau TBC (Iran) – pusingan kelayakan
Asia Timur:
  1. Vissel Kobe (Jepun)
  2. Kawasaki Frontale (Jepun)
  3. Yokohama F. Marinos (Jepun)
  4. Ulsan HD FC (Korea)
  5. FC Pohang Steelers (Korea)
  6. Gwangju FC (Korea)
  7. Shanghai Port FC (China)
  8. Shanghai Shenhua FC (China)
  9. Buriram United (Thailand)
  10. Central Coast Mariners (Australia)
  11. Johor Darul Ta’zim (Malaysia)
  12. Shandong Taishan (China) atau Bangkok United (Thailand) – pusingan kelayakan

Undian rasmi akan berlangsung pada 16 Ogos 2024 dan AFC akan mengumumkan perincian lanjut mengenai mekanisme undian dalam masa terdekat.

Pusingan kelayakan dijadualkan bermula pada 6 dan 13 Ogos 2024 manakala aksi peringkat liga yang melibatkan 8 perlawanan bagi setiap pasukan akan berlangsung dari 16hb-18hb September 2024 hingga 17hb-19hb Februari 2025.