Para peminat coklat tempatan kini boleh menikmati hidangan aiskrim Beryl’s dengan lebih mudah apabila jenama coklat terkemuka tanah air itu boleh didapatkan di beberapa cawangan kafe dan pasar raya terpilih.

Menerusi satu hantaran di akaun rasmi Threads @berylschocolate, pihak Beryl’s berkongsi senarai lokasi rasmi untuk mendapatkan produk mereka.

Bagi pengguna yang ingin menikmati aiskrim secara terus di premis, hidangan ini boleh didapati di lapan cawangan Beryl’s Cafe dan kedai konsep berikut:

1. Beryl’s Cafe Sunway Pyramid

2. Beryl’s Fahrenheit88

3. Beryl’s Jalan Panggong

4. Beryl’s KLIA2

5. Beryl’s Lot 10

6. Beryl’s Mitsui Outlet Park

7. Beryl’s Chocolate Shop & Museum, Seri Kembangan

Selain cawangan rasmi, aiskrim Beryl’s turut dipasarkan di beberapa rangkaian pasar raya terkemuka di sekitar Lembah Klang untuk kemudahan pembelian harian.

Antara lokasi yang terlibat termasuk:

1. Cold Storage 1 Mont Kiara

2. Cold Storage Sungei Wang

4. Mercato TRX

4. Cawangan AEON terpilih di sekitar Lembah Klang

 

View on Threads

 

Langkah perluasan cawangan dan pengedaran ke pasar raya utama ini dijangka memberi kemudahan kepada para pelanggan tempatan serta pelancong untuk menikmati produk aiskrim keluaran jenama berkenaan.