Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) sentiasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana negara yang mencampur-adukkan politik dan bola sepak.

Sejak awal 2000an, beberapa negara telah digantung oleh FIFA kerana campur tangan dari pihak ketiga, kerajaan setempat atau ahli politik.

Baca Juga:

Senarai Negara Pernah Digantung FIFA

Rusia kini digantung daripada bermain dalam kejohanan yang dikelola oleh badan dunia itu kerana pencerobohan mereka ke atas Ukraine pada Februari 2022.

FIFA
Sumber Gambar: TASS

Congo turut menerima nasib sama selepas ada campur tangan pihak ketiga dalam urusan badan itu.

Iraq telah digantung menjelang kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Australia.

Ini berlaku selepas kerajaan Iraq membubarkan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan dan persekutuan sukan kebangsaan mereka. Larangan itu bagaimanapun telah ditarik balik pada Mei 2008.

FIFA
Sumber Gambar: Reuters

Kuwait dan Indonesia telah digantung oleh FIFA pada 2015. Tindakan itu diambil selepas FIFA mengetahui pentadbiran Kuwait mengganggu kerja persatuan bola sepak yang ada di negara itu.

Indonesia pula digantung selepas kerajaannya memutuskan untuk memansuhkan PSSI pada 2015 dan menubuhkan persatuan sendiri.

FIFA
Soccer Football – World Cup – AFC Qualifiers – Group C – Indonesia v China – Gelora Bung Karno Stadium, Jakarta, Indonesia – June 5, 2025 Indonesia players pose for a team group photo before the match REUTERS/Ajeng Dinar Ulfiana

Pakistan menghadapi larangan serupa pada 2017. Larangan itu dikenakan ke atas persekutuan bola sepak Pakistan kerana pejabat mereka dikawal oleh pihak ketiga.

Hukuman penggantungan itu ditarik balik pada 2022.

Larangan dikenakan ke atas Persekutuan Bola Sepak Kenya (FKF) pada Februari, 2022 selepas Kementerian Sukan Kenya memutuskan untuk melantik lembaga sementara untuk mengendalikan persekutuan bola sepak.