Tamat perlawanan Kelantan Warriors menentang PDRM Defenders dalam aksi terakhir kumpulan D Sepaktakraw League (STL) 2025 malam tadi tadi menyaksikan slot empat pasukan untuk ke separuh akhir bagi Grand Prix (GP) Johor sudah pun terungkai.

Slot ke separuh akhir daripada kumpulan A diisi Selangor Pistons yang bangkit daripada kekalahan di tangan Johor Tigris pada aksi pertama.

Baca Juga:

STL 2025

Mereka berjaya menundukkan ATM Guardians dengan kemenangan ‘straight set’ dimana lawan tersebut hanya memerlukan kemenangan dalam satu set untuk mara.

 

Dalam kumpulan B, Negeri Sembilan Antlers beraksi cemerlang untuk menundukkan Terengganu Turtles dan Melaka Titans bagi meneruskan kemaraan sekali gus memburu kejuaraan kedua pada musim ini.

Kuala Lumpur Thunder menjadi wakil dari kumpulan C selepas kejayaan menundukkan pencabar terdekat, Perak Bison pada aksi kedua semalam.

STL 2025

Manakala slot terakhir separuh akhir STL 2025 GP Johor menjadi milik Kelantan Warriors yang beraksi dengan cemerlang untuk menewaskan PDRM Defenders.

 

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan pada hari ini:

STL 2025 GP Johor

STL 2025
Negeri Sembilan Antlers mendahului kedudukan keseluruhan STL 2025

1) Klasifikasi ke-5-8 ATM Guardians lawan Perak Bison – 3.00 Petang

2) Klasifikasi ke-5-8 Melaka Titans lawan Penang Black Panthers – 4.30 Petang

3) Separuh akhir Selangor Pistons lawan Kuala Lumpur Thunder – 8.00 Malam

4) Separuh Akhir Kelantan Warriors lawan Negeri Sembilan Antlers – 9.30 Malam