Saingan Liga Premier Sepaktakraw League (STL) 2025 akan diteruskan bermula petang esok dimana Arena Larkin, Johor Bahru bakal menjadi tuan rumah bagi Grand Prix (GP) Johor.

GP keempat itu menyaksikan tuan rumah, Johor Tigris berada dalam kumpulan A bersama-sama Selangor Pistons dan ATM Guardians.

Baca Juga:

Kumpulan B menyaksikan dua juara sebelum ini iaitu Melaka Titans dan Negeri Sembilan Antlers sekali lagi diundi dalam satu kumpulan bersama Terengganu Turtles.

STL 2025
Negeri Sembilan Antlers mendahului kedudukan keseluruhan STL 2025

Naib juara edisi lalu, Perak Bison pula turut sekali lagi diundi bersama-sama Kuala Lumpur Thunder dan Bomba Fighters manakala kumpulan D menampilkan Kelantan Warriors, PDRM Defenders serta Penang Black Panthers.

Walaupun sebahagian besar pemain import dari Thailand tidak dapat menyertai GP kali ini kerana bertembung dengan Princess Cup di Bangkok, saingan STL 2025 bagi GP Johor pastinya tetap akan berlangsung dengan menarik.

Siaran Langsung

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan bagi STL 2025 GP Johor:

STL 2025 – GP Johor

Hari Pertama (6 Ogos 2025 – Rabu)

1) Bomba Fighters lawan Perak Bison – 3.00 Petang

2) PDRM Defenders lawan Penang Black Panthers – 4.30 Petang

3) Negeri Sembilan Antlers lawan Terengganu Turtles – 8.00 Malam

4) Selangor Pistons lawan Johor Tigris – 9.30 Malam

Hari Kedua (7 Ogos 2025 – Khamis) 

1) Penang Black Panthers lawan Kelantan Warriors – 3.00 Petang

2) Kuala Lumpur Thunder lawan Bomba Fighters – 4.30 Petang

3) Johor Tigris lawan ATM Guardians – 8.00 Malam

4) Melaka Titans lawan Negeri Sembilan Antlers – 9.30 Malam

Hari Ketiga (8 Ogos 2025 – Jumaat) 

1) ATM Guardians lawan Selangor Pistons – 3.00 Petang

2) Terengganu Turtles lawan Melaka Titans – 4.30 Petang

3) Perak Bison lawan Kuala Lumpur Thunder – 8.00 Malam

4) Kelantan Warriors lawan PDRM Defenders – 9.30 Malam

Hari Keempat (9 Ogos 2025 – Sabtu) 

1) Klasifikasi ke-5-8 (1) – 3.00 Petang

2) Klasifikasi ke-5-8 (2) – 4.30 Petang

3) Separuh akhir 1 – 8.00 Malam

4) Separuh Akhir 2 – 9.30 Malam

Hari Kelima (10 Ogos 2025 – Ahad) 

1) Klasifikasi ke-5-8 (1) – 3.00 Petang

2) Klasifikasi ke-5-8 (2) – 4.30 Petang

3) Tempat ke-3/4 – 8.00 Malam

4) Final – 9.30 Malam