Undian bagi saingan Liga Premier STL 2025 Grand Prix (GP) Johor malam tadi menyaksikan tuan rumah mendapat peluang yang dilihat seimbang.

Ia berikutan Johor Tigris telah diundi dalam kumpulan A bersama-sama ATM Guardians dan Selangor Pistons.

Baca Juga:

ATM Guardians kelihatan sedikit bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaik manakala Selangor Pistons pula memiliki skuad muda yang berbakat besar.

Kumpulan B pula menyaksikan jodoh Melaka Titans cukup kuat bersama dua pasukan ini apabila juara dua GP tersebut telah diundi buat kali kedua bersama Negeri Sembilan Antlers dan Terengganu Turtles.

STL 2025

Kumpulan C pula menyaksikan skrip sama seperti GP Kuala Lumpur tempoh hari apabila Perak Bison sekali lagi berada satu kumpulan dengan Kuala Lumpur Thunders dan Bomba Fighters.

Pasukan tangga kedua keseluruhan, PDRM Defenders pula berada satu kumpulan bersama Kelantan Warriors dan Penang Black Panthers.

Berikut merupakan senarai penuh undian kumpulan bagi saingan Liga Premier STL 2025 bagi GP Johor:

STL 2025

STL 2025 GP Johor

Kumpulan A – ATM Guardians, Selangor Pistons & Johor Tigris

Kumpulan B – Terengganu Turtles, Melaka Titans & Negeri Sembilan Antlers

Kumpulan C – Perak Bison, Kuala Lumpur Thunder & Bomba Fighters

Kumpulan D – Kelantan Warriors, PDRM Defenders & Penang Black Panthers

Saingan STL 2025 bagi GP Johor bakal berlangsung pada 6 hingga 10 Ogos nanti di Arena Larkin, Johor Bahru.