Melaka Titans menampilkan aksi cemerlang untuk menewaskan Negeri Sembilan Antlers pada aksi final Sepaktakraw League (STL) 2025 bagi Grand Prix (GP) Kuala Lumpur, malam tadi.
Ia merupakan kejuaraan kedua dimenangi oleh regu yang dibarisi trio berpengalaman Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Zaim Razali itu.
Baca Juga:
- Melaka Titans Muncul Juara STL 2025 GP KL Selepas Jinakkan Negeri Sembilan Antlers

- STL 2025: Negeri Sembilan Antlers Mudah Jinakkan Johor Tigris Untuk Muncul Juara GP Di Laman Sendiri

- STL 2025: Senarai Lengkap Pasukan Yang Beraksi Dalam Liga Premier

Melaka Titans berjaya mengulangi pencapaian dimana sebelum ini mereka menjuarai GP Terengganu dengan menundukkan PDRM Defenders di pentas final.
Dengan kejayaan manis tersebut, Melaka kini mengumpul 64 mata keseluruhan untuk menduduki tempat ketiga manakala Negeri Sembilan Antlers berada dikedudukan teratas keseluruhan dengan 68 mata.

Tempat kedua pula dihuni PDRM Defenders yang mengumpul 66 mata.
Jurang mata rapat antara pasukan membuktikan saingan pada musim ini lebih menarik untuk disaksikan dengan Negeri Sembilan Antlers mengecapi nikmat selaku juara GP kedua di laman sendiri.
Sementara itu, Bomba Fighters menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum mengumpul sebarang mata selepas tewas pada kesemua perlawanan dilalui.
Berikut merupakan kedudukan terkini Liga Premier STL 2025 selepas berakhirnya tiga pusingan GP:

STL 2025
1) Negeri Sembilan Antlers – 68 mata
2) PDRM Defenders – 66 mata
3) Melaka Titans – 64 mata
4) Perak Bison – 60 mata
5) Kuala Lumpur Thunder – 60 mata
6) Johor Tigris – 52 mata
7) Selangor Pistons – 45 mata
8) Terengganu Turtles – 28 mata
9) ATM Guardians – 28 mata
10) Kelantan Warriors – 24 mata
11) Penang Black Panthers – 24 mata
12) Bomba Fighters – 0 mata