Tamat perlawanan Perak Bison menentang ATM Guardians dalam aksi terakhir kumpulan C Sepaktakraw League (STL) 2026 sebentar tadi menyaksikan slot lapan pasukan untuk ke suku akhir bagi Grand Prix (GP) Kuala Lumpur sudah pun diketahui.
Kumpulan A menyaksikan skuad pilihan juara, Melaka Titans mara selaku juara kumpulan dan diiringi Negeri Sembilan Antlers.

Kelantan Warriors pula bangkit daripada kehampaan GP Melaka apabila bergelar juara kumpulan B dan Johor Tigris pula muncul naib juara.
Perak Bison tidak terlalu berdepan masalah untuk menjadi juara kumpulan C dengan dua kemenangan dicatatkan sambil ATM Guardians mara selaku naib juara kumpulan C.
Slot daripada kumpulan D pula menjadi milik PDRM Defenders selaku juara kumpulan manakala Selangor Pistons meneruskan kemaraan sebagai naib juara.
Berikut merupakan jadual penuh aksi suku akhir Liga Premier STL 2026 bagi GP Kuala Lumpur:

Suku Akhir STL 2026 GP Kuala Lumpur
Pool 1
1) PDRM Defenders lawan Johor Tigris
2) Melaka Titans lawan ATM Guardians
Pool 2
1) Perak Bison lawan Negeri Sembilan Antlers
2) Kelantan Warriors lawan Selangor Pistons