Kehangatan saingan Netball Super League (NSL) 2025 yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara semakin dirasakan dengan aksi sudah menghampiri penghujung.
Ia berikutan saingan liga satu pusingan melibatkan lapan pasukan bertanding telah berakhir malam tadi dengan perebutan slot terakhir cukup mendebarkan.

Baca Juga:
- Wanita Lempang Pak Cik Pemandu Teksi Sampai Tercabut Kopiah
- Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Kaum Hawa Elak Jadi Mangsa Lelaki ‘Pervert’ Di MRT
- Wanita Tersilap Makan Mercun, Meletup Dalam Mulut
Selepas Perak Phoenix yang tumbang 34-63 Putrajaya Dynamites, pertembungan Selangor Angels menentang Terengganu Marvels akan menentukan pasukan mana yang bakal ke separuh akhir.
Mengikut perkiraan kasar, Selangor Angels hanya perlu meraih kemenangan pada perlawanan terakhir ini untuk meneruskan kemaraan.
Tetapi, sebaliknya berlaku apabila mereka gagal mengekang kebangkitan Terengganu Marvels yang berjaya mencatatkan kemenangan 38-32.
Kemenangan Terengganu Marvels dengan jurang hanya enam mata itu bagaimanapun masih belum mampu untuk meletakkan mereka di kedudukan keempat.
Keadaan yang sekali gus diraikan kem Perak Phoenix untuk ke separuh akhir manakala Terengganu Marvels pula terpaksa berpuas hati di kedudukan kelima.
Manakala kedudukan bagi tiga pasukan teratas tiada sebarang perubahan dengan Putrajaya Dynamites unggul memimpin carta liga dengan rekod kemenangan bersih untuk meraih 21 mata.
KL Wildcats di kedudukan kedua dengan 18 mata hasil enam kemenangan dan satu kekalahan manakala juara bertahan, Johor Jewels pula menghuni tangga ketiga dengan 15 mata.
Senarai pasukan yang mara ke separuh akhir Netball Super League 2025
1) Putrajaya Dynamites
2) KL Wildcats
3) Johor Jewels
4) Perak Phoenix
Jadual Perlawanan
1) Putrajaya Dynamites lawan Perak Phoenix
22 Februari 2025 (Sabtu) – 4.30 Petang
Stadium Juara, Bukit Kiara
2) KL Wilcats lawan Johor Jewels
22 Februari 2025 (Sabtu) – 8.30 Malam)
Stadium Juara, Bukit Kiara