Bakat pemain Malaysia semakin diakui di pentas antarabangsa dimana ada beberapa pemain yang beraksi di liga luar negara musim ini.

Meskipun beraksi di liga sekitar rantau Asia, namun pencapaian ini dianggap baik dan digesa agar lebih ramai pemain mengikut jejak langkah lima yang kami senaraikan.

Berikut adalah senarai pemain Malaysia yang beraksi di liga luar negara musim ini.

1. Dion Cools (Buriram United)

Dion Cools
Sumber Gambar: Buriram United

Dion menyertai Buriram United selepas meninggalkan kelab Republic Cech, Jablonec pada Januari 2023 lalu.

Bersama Buriram, Dion membantu kelab itu memenangi saingan liga, Piala Liga dan juga Piala FA.

2. Fergus Tierney (Chonburi)

Fergus Tierney
Fergus Tierney

Fergus Tierney menyertai kelab yang beraksi di divisyen dua Thailand iaitu Chonburi secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT).

Fergus terus mencipta impak apabila menjaringkan gol pada penampilan sulungnya ketika bertemu Suphanburi.

3. Luqman Hakim (Yokohama SCC)

Luqman Yokohama
Luqman Hakim

Selepas beraksi di Eropah, penyerang skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Luqman Hakim menyertai kelab divisyen 3 Jepun, Yokohama SCC secara pinjaman selama setahun dari KV Kortrijk.

Luqman akan beraksi bersama Yokohama sehingga Januari 2025.

4. Endrick Dos Santos (Ho Chi Minh City)

Endrick
Endrick Dos Santos

Pemain naturalisasi ini menyertai kelab Vietnam, Ho Chi Minh City secara pinjaman selama satu musim dari Johor Darul Ta’zim (JDT).

Baru-baru ini, Endrick diperkenalkan secara rasmi dan beliau sudah menyertai sesi latihan bersama rakan yang lain.

5. Muhammad Abu Khalil (FC Osaka)

Muhammad Abu Khalil
Muhammad Abu Khalil

Selepas cemerlang ketika sesi ujian, FC Osaka terus menyambar pemain tengah Selangor yang sedang meningkat naik iaitu Muhammad Abu Khalil.