Selepas tiga wakil negara menamatkan saingan Terbuka Malaysia 2025 di peringkat separuh akhir, kini cabaran mereka beralih ke Terbuka India yang akan bermula pagi esok.

Kejohanan berstatus Super 750 itu menyaksikan Aaron Chia-Soh Wooi Yik beraksi di pentas final edisi 2023 dan setahun kemudian perjalanan mereka tersekat di separuh akhir.

Baca Juga:

Kali terakhir wakil Malaysia muncul juara kejohanan Terbuka India adalah pada 2014 dimana Datuk Lee Chong Wei menumpaskan jaguh China, Chen Long 21-13, 21-17 di perlawanan akhir.

Sehubungan dengan itu, wakil negara yang akan beraksi pada 14 hingga 19 Januari ini diharapkan dapat menamatkan penantian panjang tersebut.

Menurut sumber undian perlawanan dikeluarkan laman sesawang rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF), seramai 13 wakil negara akan turun beraksi dengan sektor beregu lelaki menampilkan wakil paling ramai.

Berikut merupakan senarai penuh wakil Malaysia dalam kejohanan badminton Terbuka India 2025:

Perseorangan Lelaki

Leong Jun Hao

Beregu Lelaki

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani

Aaron Chia-Soh Wooi Yik

Man Wei Chong-Tee Kai Wun

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi

Nur Muhd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong

Junaidi Arif-Yap Roy King

Lim Tze Jian-Wong Tien Ci

Beregu Wanita

Pearly Tan-M. Thinaah

Beregu Campuran

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei

Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie

Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin

Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien