Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025 telah berlangsung baru-baru ini sebagai penutup saingan Liga Malaysia musim ini.
ABK 2024-2025 menyaksikan sebanyak 17 kategori dipertandingkan dimana satu kategori telah diperkenalkan semula iaitu Penyokong Terbaik.
Baca Juga:
- ‘Saing-Saing CR7’ – Arif Aiman Berada Di Top 5 Penjaring Terbanyak ACL Elite
- Musim Feroz Baharudin Bersama JDT Berakhir
- Faisal Halim Kembali Sertai Skuad Negara, Tiada Pemain Warisan Baharu Hadapi Nepal
Seramai 498 pemain telah disenarai pendek berdasarkan penampilan dan prestasi bersama kelab masing-masing dalam saingan Liga Malaysia.
Senarai ini kemudiannya dibawa ke Jawatankuasa Saringan bagi memilih 10 pemain terbaik setiap kategori yang dipertandingkan.

Lapan kategori diundi oleh 13 ketua jurulatih dan 13 ketua pasukan kelab Liga Super, 13 ketua jurulatih dan 13 ketua pasukan Piala MFL serta 26 wakil dari pihak media.
Pemenang Anugerah Pasukan Terbaik diputuskan oleh Ahli Jawatankuasa Teknikal Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
Anugerah Fair Play pula ditentukan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Kesebelasan Utama Pilihan Peminat dan Gol Terbaik musim ini dipilih menerusi undian penyokong.
Senarai Penuh Pemenang ABK 2024-2025
Pemain Paling Bernilai (MVP) – Arif Aiman Hanapi (JDT)
Jurulatih Terbaik – Aidil Sharin Sahak (Kuching City)
Penjaga Gol Terbaik – Syihan Hazmi Mohamed (JDT)
Pertahanan Terbaik – Feroz Baharudin (JDT)

Pemain Tengah Terbaik – Arif Aiman Hanapi (JDT)
Penyerang Terbaik – Paulo Josue (KL City)
Pemain Import Terbaik – Bergson (JDT)
Pemain Muda Terbaik – Haqimi Azim Rosli (KL City)
Gol Terbaik Liga Malaysia 2024/25 – Arif Aiman Hanapi (JDT)
Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super – Paulo Josue (KL City)
Penjaring Terbanyak Liga Super – Bergson (JDT)
Pasukan Terbaik – Johor Darul Ta’zim
Anugerah Fair Play – Terengganu FC
Pemain Terbaik Piala MFL – Gabriel Nistelrooy (JDT II)
Penjaring Terbanyak Piala MFL – Gabriel Nistelrooy (JDT II)
Penyokong Terbaik – Boys of Straits (JDT)
Fan XI – Syihan Hazmi Mohamed, Jimmy Raymond, Park Jun-heong, Feroz Baharudin, Nando Welter, Danial Amier, Nooa Laine, Juan Muniz, Arif Aiman Hanapi, Bergson dan Faisal Halim