Kehangatan Sepak Takraw League (STL) Champions Cup 2024 semakin dirasakan apabila saingan tersebut bakal bermula pada Rabu nanti yang mana menarik kehadiran pasukan jemputan dari Thailand, India, Indonesia dan Singapura.
Persiapan empat pasukan tempatan juga tidak kurang hebatnya dengan Perak Bison, Selangor Pistons dan Negeri Sembilan Antlers membawa masuk muka baharu manakala Kuala Lumpur Thunder kekal dengan barisan terkuat mereka.
Baca Juga:
- Senarai Penuh Pemain Pasukan Jemputan STL Champions Cup 2024
- Siriwat Sakha, Pichet Pansan Bakal Beraksi Di STL Champions Cup 2024
- Kuasai 4 GP Berturut-Turut, Gelaran STL 2024 Sah Milik KL Thunder
Perak Bison merekrut bekas tekong skuad kebangsaan, Muhammad Hairul Hazizi Hadzir yang cukup terkenal dengan servis ‘drop’ mantap dimilikinya.
Selangor Pistons pula bakal diperkuatkan dengan dua tenaga berpengalaman iaitu tekong, Muhammad Zulkifli Abd Razak dan apit kanan, Mohd Khairul Zaman Hamir Akhbar.
Sementara itu, Negeri Sembilan meletakkan harapan kepada duo muda, Muhammad Amar Roslan (tekong) dan Muhammad Khairul Aman Mohd Rosdi (apit kanan).
Hanya Kuala Lumpur Thunder tidak mambawa masuk pemain baharu kerana sudah mempunyai skuad yang cukup padu untuk menghadapi saingan di Stadium MPSJ, Serdang Jaya itu.
Berikut merupakan senarai penuh pemain dalam saingan STL Champions Cup 2024:
Kuala Lumpur Thunder
1) Mohammad Syahir Mohd Rosdi – Tekong
2) Muhammad Zarif Merican Ibrahim Merican – Tekong
3) Mohamad Azlan Alias – Apit Kanan
4) Muhammad Redwan Hakim Muhammad – Apit Kanan
5) Amirul Zazwan Amir – Apit Kiri
Perak Bison
1) Muhammad Hairul Hazizi Hadzir – Tekong
2) Kritsada Sungvung – Tekong
3) Muhammad Noraizat Mohd Nordin – Apit Kanan
4) Treepong Rawangpai – Apit Kanan
5) Aidil Aiman Azwawi – Apit Kiri
Selangor Pistons
1) Zuhri Mohd Zin – Tekong
2) Muhammad Zulkifli Abd Razak – Tekong
3) Muhammad Ariff Daniel Mohammad Aripin – Apit Kanan
4) Mohd Khairul Zaman Hamir Akhbar – Apit Kanan
5) Muhammad Arif Mohd Badri – Apit Kiri
Negeri Sembilan Antlers
1) Muhammad Haziq Hairul Nizam – Tekong
2) Muhammad Amar Roslan – Tekong
3) Muhammad Hafizul Hayazi Adnan – Apit Kanan
4) Muhammad Khairul Aman Mohd Rosdi – Apit Kanan
5) Zulefendi Sumari – Apit Kiri
Royal Thai Air Force Sepak Takraw Club
1) Siriwat Sakha – Tekong
2) Nichakul Seehakai – Tekong
3) Pichet Pansan – Apit Kanan
4) Puthawan Sopa – Apit Kanan
5) Wichan Temkort – Apit Kiri
Garuda Sepak Takraw
1) Bibi Syahbani – Tekong
2) Bratha Kusuma – Tekong
3) Rezanov Kurniawan – Apit Kanan
4) Fajar Pratama Putra – Apit Kanan
5) Khairul Saputra – Apit Kiri
India Fighters
1) Arun – Tekong
2) Singha O. Amarjit – Tekong
3) Yumnam Akash – Apit Kanan
4) Kumar Bobby – Apit Kanan
5) Sorakhaibam Malemnganba Singh – Apit Kiri
MGPC Singapore
1) Muhammad Danish Irfan Muhamad Faizal – Tekong
2) Raziq Rosli – Tekong
3) Youri Adli Fathullah Ahmadi – Apit Kanan
4) Zaihirrman Zaharudin – Apit Kanan
5) Akmal Musyarraf Rostam – Apit Kiri