Siapa kata bermain permainan video tidak mendatangkan faedah dan tidak mampu menjana pendapatan? Soloz antara contoh terdekat bahawa dengan bermainan permainan video sebagai kerjaya, beliau mampu membeli kereta mewah dan menjana pendapatan.

Industri game streaming kini makin berkembang di Malaysia. Terbaharu, nama seorang streamer, Abah Boss menjadi bualan netizen apabila video streamingnya mencetuskan kontroversi.

Mana tidaknya, Abah Boss dilihat bermain permainan judi online secara live. Bukan itu sahaja, beliau turut melontarkan kata-kata yang bersifat rasis sepanjang beliau membuat streaming.

Videonya itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen memberikan pendapat berbeza akan isu tersebut. Ada netizen yang mengecam beliau kerana mempromosikan secara tidak langsung aktiviti perjudian dan juga melukakan hati ramai pihak.

Akan tetapi, ada juga netizen yang mengatakan ianya hanyalah permainan bukannya judi betul.

https://twitter.com/shahrzzz/status/1357145970866225153

photo_2021-02-04_10-43-19

Menerima kecaman hebat netizen, Abah Boss dalam satu kenyataan di Facebook telah memohon maaf akan isu tersebut dimana mungkin telah melontarkan kata-kata bersifat rasis. Malah, beliau turut berharap para penyokongnya akan sentiasa menyokongnya memaafkan dirinya.

Ketika ini, video streaming tersebut telah dipadamkan di Facebook miliknya. Apakah pendapat anda akan hal ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan game streamer pada pautan di bawah ini.

‘Humble’ Dan Menghiburkan, Ini Sebabnya Soloz Berjaya Menjadi ‘Streamer’ Paling Popular Malaysia

Mampu Beli Kereta Mewah Hanya Dengan Bermain Mobile Legends? Ini Penjelasannya