Jumlah kanak-kanak Palestin yang terkorban akibat peperangan Israel dengan Hamas terus meningkat. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Save the Children mendedahkan bahawa seorang kanak-kanak di Gaza telah meninggal dunia setiap 15 minit, akibat serangan udara Israel dalam tempoh 11 hari lalu.

Data ini didedahkan oleh organisasi bukan kerajaan yang memfokuskan kepada kanak-kanak setakat 17 Oktober.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sementara itu, menurut data Kementerian Kesihatan yang diuruskan oleh Hamas di Gaza, setakat 22 Oktober terdapat 1,750 kanak-kanak terbunuh dalam 16 hari pengeboman oleh tentera Israel di Gaza.

“Air semakin habis dan masa semakin suntuk untuk kanak-kanak Gaza. Gencatan senjata mesti dipersetujui untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak,” kata Save the Children di laman web rasminya.

Kenyataan itu menyambung, “Tanpa berakhirnya pertempuran, tanpa gencatan senjata, beribu-ribu nyawa kanak-kanak berada dalam bahaya.”

Pertubuhan Pertahanan untuk Kanak-kanak Antarabangsa – Palestin (DCIP) menyatakan perkara yang sama, “Kami menyaksikan pembunuhan beramai-ramai dalam masa nyata,” kata jurucakap DCIP.

Untuk rekod, undang-undang konflik yang disepakat di peringkat antarabangsa dan disahkan berdasarkan Konvensyen Geneva 1949 menyatakan bahawa kanak-kanak mesti dilindungi dan diperlakukan secara berperikemanusiaan.