Seorang penstriman permainan video kerugian lebih RM95,000 selepas menjadi mangsa penipuan individu yang menyamar sebagai inspektor polis baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lain berkata wanita berusia 30 tahun itu membuat beberapa transaksi pindahan wang ke akaun berasingan berjumlah RM95,700 selepas menerima panggilan telefon daripada individu mendakwa dirinya ‘Inspektor Maria’ dari Bukit Aman.

Baca Juga:

Sumber Gambar: BBC

Difahamkan wanita berusia 30 tahun itu telah menerima panggilan telefon yang mengaku dari HQ Pos Malaysia memaklumkan beliau telah membuat penghantaran dua kad ATM, satu buku cek dan satu token bank kepada individu tertentu.

Setelah menafikan perkara tersebut, wanita itu telah disambungkan kepada individu yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Maria dari Bukit Aman. Suspek memberitahu nama wanita itu terlibat dengan sindiket pengubahan wang haram.

Mangsa kemudian dikehendaki membuat pemindahan wang untuk tujuan audit. Tanpa berfikir panjang, beliau telah membuat lima transaksi  pindahan wang ke akaun berasingan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM97,500. 

Difahamkan penipuan itu hanya disedari setelah menceritakan perkara tersebut kepada rakannya. Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sebagai peringatan, orang ramai diminta berwaspada dengan segala taktik penipuan jenayah di luar sana. Jika anda merupakan seorang mangsa penipuan, boleh hubungi Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997.

Sumber