Skuad Harimau Malaya menerima kehadiran beberapa pemain warisan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Vietnam pada 10 Jun ini.

Antara pemain yang sudah tiba ialah pemain pertahanan iaitu Facundo Garces dimana beliau sudah menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan.

Baca Juga:

Facundo Garces
Facundo Garces (Biru). Kredit Foto: REUTERS/Vincent West

Tiga lagi pemain iaitu Imanol Machuca, Jon Irazabal dan Rodrigo Holgado dilaporkan semakin hampir untuk mendapat kerakyatan dan beraksi bersama pasukan negara.

Calon Penyerang Skuad Harimau Malaya

Baru-baru ini, seorang penyerang yang beraksi di Eropah diaporkan memiliki kaitan dengan Malaysia dan menjadi calon untuk membarisi skuad kebangsaan.

Pemain yang dimaksudkan ialah Jefte Bentacor dimana penyerang kelahiran Sepanyol itu memuat naik gambar di Instagram yang menunjukkan pasport Malaysia.

Harimau Malaya
Jefte Bentacor

Walaupun hantaran di Instagram Story tersebut telah dipadam namun ianya telah tular di media sosial dan menjadi perhatian penyokong bola sepak tempatan.

Sehingga artikel ini ditulis, Betancor belum membuat sebarang pengesahan sekaligus menimbulkan tanda tanya adakah beliau bakal menyarung jersi Harimau Malaya.

Harimau Malaya
Jefte Bentacor

Betancor merupakan penyerang buat kelab Liga Greece, Panserraikos. Bagi musim 2024/2025, Betancor sudah meledak 21 jaringan dalam 33 penampilan bersama kelab tersebut.