Seorang rakyat Malaysia sah menjadi askar upahan Ukraine selepas dokumen peribadinya ditemukan di medan peperangan sekitar dua minggu lalu.
Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan tular gambar warga tempatan terbabit di media sosial.
Baca Juga:
- Amerika Haramkan Syarikat Malaysia, Dakwa Ada Kena Mengena Dengan Perang Rusia-Ukraine?
- ‘No Comment, No Comment’ – Ahli Keluarga Enggan Jawab Individu Jadi Pejuang Upahan Ukraine
- Lesen Memandu, IC Tempatan Ditemui, Lelaki Dari Perlis Jadi Askar Upahan Di Ukraine?
“Lelaki itu menyertai perang di Ukraine kerana minat dalam ketenteraan dan menerima gaji antara AS400 (kira-kira RM1,700) hingga AS2,700 (kira-kira RM12,000) sebulan mengikut tahap bahaya di medan perang.
“Selain itu, tekanan daripada keluarga turut dipercayai menyebabkan dia sanggup menjauhkan diri daripada keluarga ke negara berkenaan,” katanya dipetik dari laporan Harian Metro.
Menurut beliau, lelaki yang berusia dalam lingkungan 20 tahun itu masih hidup dan dilaporkan selamat buat masa ini.
Dokumen rasmi yang ditemui di medan peperangan antara Ukraine dan Rusia berupa kad pengenalan MyKad dan juga lesen memandu berdaftar dari Malaysia.
— Zlatti71 (@Zlatti_71) October 28, 2024
Difahamkan kedua-dua dokumen itu telah ditemui selepas kejayaan tentera Rusia menawan kubu tentera Ukraine di Livadny (Ukraine: Levadne), Zaporizhia.
Berdasarkan pemerhatian gambar-gambar yang tular tersebut, lesen memandu milik individu beralamat di sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia adalah sah sehingga Februari 2025.
Memetik laman AirTimes, gambar dokumen ini tular di beberapa saluran Telegram yang dikendalikan pemerhati perang pro-Rusia dan kami sendiri juga menemui di platform X yang dikongsikan secara meluas oleh pengguna.
Selain rakyat Malaysia, turut didapati pasport serta dokumen identiti beberapa individu dari negara lain seperti Turkiye dan Croatia.