Kehadiran Zuleffendi Sumari dan Hafizul Hayazi Adnan ke dalam skuad Sepak Takraw Malaysia dalam temasya Sukan SEA 2025 jelas meningkatkan keyakinan skuad negara dalam acara berpasukan.

Duo yang cemerlang ketika bergandingan bersama tekong tinggi lampai, Haziq Hairul Nizam dalam menghadiahkan tiga kejuaraan berturut-turut STL Champions Cup itu mendapat pelepasan majikan masing-masing untuk membawa cabaran negara di Bangkok nanti.

Baca Juga:

Ini juga bermakna trio tersebut akan dipertaruhkan dalam menambah kekuatan skuad sepak takraw Malaysia dimana satu lagi regu bakal menampilkan juara dunia dan Asia iaitu Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Farhan Adam.

Keadaan itu jelas khabar gembira buat pengendali skuad negara, Ahmad Jais Baharun yang memiliki lebih banyak pilihan untuk diadunkan dalam acara berpasukan.

Misi yang pastinya besar untuk menamatkan dominasi 34 tahun skuad Thailand dalam acara tersebut.

Misi Besar Sepak Takraw Malaysia Hadapi Sukan SEA 2025

“Kalau ikut perancangan kita, Syahir (Rosdi) dengan Haziq (Hairul Nizam) akan main sebagai regu pertama atau kedua.Kita akan letakkan regu mereka berdua sebagai yang utama dalam acara berpasukan.”

“Kita harap dua regu utama mampu sekurang-kurangnya curi satu mata supaya aksi dapat dibawa hingga ke regu ketiga. Kalau dapat menang 2-0, itu jauh lebih baik kerana ini yang kita harapkan.”

“Kalau ikut dari segi persefahaman (regu Haziq), kita tak ada isu sudah untuk regu Negeri Sembilan Antlers ini ditambah, memang mereka pun sudah bermain lama, dari segi persefahaman, keserasian itu tak ada isu.”

“Kita harapkan mereka dapat konsisten untuk acara berpasukan nanti. Malah kita tiada isu besar untuk regu ketiga. Di samping kita ada simpanan Zarif (Merican), Noraizat (Nordin) dan Amirul Zazwan ada di situ.”

“Jadi saya nampak regu keempat kita pun boleh bantu untuk keperluan sekiranya kita akan menggantikan pemain-pemain utama kita nanti,” ujar Ahmad Jais menurut sumber laporan My Metro.

Sumber