Liverpool menewaskan Arsenal 1-0 di Anfield dalam aksi sangat sengit antara kedua dua pasukan.
Juara dan naib juara EPL musim lalu itu menunjukkan kualiti sebenar mereka.
Arsenal melakukan lebih banyak ancaman pada separuh masa pertama.
Sementara Liverpool mulai memperbaiki rentah selepas separuh masa kedua.
Pertahanan kedua dua pasukan sangat berdisiplin dan menyukarkan penyerang lawan melakukan ancaman.
Szoboszlai wira kemenangan Liverpool
Gol kemenangan Liverpool terhasil menerusi Dominik Szoboszlai pada minit ke-83.
Di mana dia melakukan sepakan percuma berkelas dunia menewaskan David Raya.

Liverpool terus cemerlang
Kemenangan ini membolehkan Liverpool menjadi satu satunya pasukan yang kekal dengan permulaan 100% kemenangan selepas 3 perlawanan.
Sementara Arsenal menelan kekalahan pertama mereka musim ini dan jatuh ke tangga ketiga.
Liverpool kini meneruskan rentak jaringan dalam 37 perlawanan EPL terakhir mereka. Rekod terbaik kelab itu dalam sejarah.
37 – Liverpool have scored in 37 Premier League matches in a row, their longest run of consecutive top-flight games scored in of all time. Blockbuster. pic.twitter.com/s2mKmSbkRA
— OptaJoe (@OptaJoe) August 31, 2025
Apa seterusnya?
Liverpool akan menentang Burnley pada 14 September akan datang, diikuti aksi pertama UCL mereka musim ini bertemu Atletico. Itu diikuti aksi derbi Merseyside di Anfield pada 20 September.
Sementara Arsenal akan melayan kunjungan Forest pada 13 September, kemudian bertandang ke Athletic Club sebelum 2 aksi penting menentang Man City di Emirates dan Newcastle di tempat lawan.