Tanda pagar #StopAsianHate tersebar luas di media sosial selepas beberapa siri kes serangan perkauman terhadap orang Asia-Amerika telah meningkat di beberapa kawasan di Amerika Syarikat.

Lonjakan keganasan terhadap orang Asia telah meningkat tajam sejak pandemi COVID-19. Dalam beberapa bulan terakhir, ribuan kes telah dilaporkan, mulai dari meludah, diganggu, serangan fizikal hingga pembunuhan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebahagian orang menyalahkan sikap retorik anti-China dari mantan Presiden Donald Trump. Di mana dia sering kedengaran menyebut COVID-19 ini datang sebagai ‘virus China’ atau Kung Flu.

Menurut laporan organisasi Stop AAPI Hate, orang Asia-Amerika menjadi sasaran sekurang-kurangnya 500 kali dalam dua bulan pertama. Dengan sejumlah 3,000 lebih aduah telah diterima sepanjang tahun lalu. Sebilangan besar adalah melibatkan gangguan secara verbal dan selebihnya melibatkan serangan fizikal.

Pusat Kajian Kebencian dan Ekstremisme melaporkan bahawa insiden kebencian anti-Asia terus meningkat di Orange County, di mana ia mencatatkan angka sekitar 1,200%. Dalam laporan CBS News di Los Angeles County, jenayah kebencian terhadap orang Amerika Asia meningkat 115%.

Pada tahun lalu pula, terdapat 29 serangan bermotifkan kebencian terhadap kumpulan warga Asia-Amerika di kota besar New York City. NYPD menyatakan bahawa daripada 29 kes terbabit, 24 adalah bermotifkan wabak COVID-19.

Beberapa minggu ini, dunia telah menyaksikan bagaimana seorang warga Thailand berusia 87 tahun telah diserang dengan kejam di San Francisco. Manakala lelaki berusia 27 tahun yang merupakan warga Asia-Amerika diserang sambil dikutuk “Anda mempunyai virus Cina, pulang ke China!”

Seorang wanita Cina berusia 89 tahun pula diserang oleh dua orang lelaki. Kejadian yang berlaku di Brooklyn itu menyaksikan wanita itu ditampar sebelum rambutnya dibakar oleh dua lelaki terbabit. Dalam kes yang lain pula, seorang lelaki bertindak mengores wajah seorang warga Filipina-Amerika berusia 61 tahun menggunakan pisau.

Terkini, lapan orang – enam daripadanya wanita keturunan Asia – mati ditembak dalam serangan di kawasan spa di Atlanta pada hari Selasa lalu. Tetapi pihak berkuasa di Georgia mengatakan masih terlalu awal untuk menentukan sama ada serangan di kawasan Atlanta itu adalah jenayah kebencian atau sebaliknya.

Untuk rekod, menurut analisis Liga Anti-Fitnah, permusuhan dan kebencian terhadap kumpulan anti-Asia Amerika dan teori konspirasi melonjak 85% di Twitter dalam 12 jam terakhir setelah Trump mengeluarkan teori bahawa COVID-19 datang daripada China.

Ucapan benci atau hate speech telah menjadi masalah utama di AS. Dengan laporan daripada ADL menunjukkan bahawa teori konspirasi kulit putih meningkat hampir dua kali ganda pada tahun 2020 ke tahap tertinggi yang pernah direkodkan.

Lukisan kartun ‘bendera coronavirus’ cetuskan kemarahan China. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lukisan Kartun ‘Bendera Coronavirus’ Cetuskan Kemarahan China

Saintis Di China Beri Amaran, Pandemik Tahun Ini Diramal Lebih Buruk Daripada Tahun 2020