AirAsia, Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia, telah mengukuhkan komitmennya untuk terus merangsang industri pelancongan Malaysia pada tahun 2024 melalui inisiatif tempat duduk percuma yang bertujuan menjadikan perjalanan udara mudah diakses oleh semua.

Anda boleh terbang ke Pulau Pinang, Langkawi, Alor Setar, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan banyak lagi dari RM25 sehala termasuk semua dan nikmati keindahan destinasi terkemuka Asean seperti Bali, Krabi, Phnom Penh, Phu Quoc, Bangkok dan banyak lagi dari RM80 sehala.

Baca Juga:

Bagi mereka yang ingin mengembara lebih jauh, AirAsia X menawarkan penerbangan ke Gold Coast, Busan, Taipei, Beijing dan banyak lagi daripada RM269 semua dalam sehala untuk tempat duduk Ekonomi.

Penerbangan tersedia untuk tempahan bermula hari ini hingga 25 Oktober 2023 untuk tempoh perjalanan antara 4 Mac 2024 dan 12 Februari 2025.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh bercuti dengan tenang di mana tawaran 30% diskaun untuk Insurans Kelewatan Penerbangan* bagi penerbangan AirAsia Malaysia (AK) menawarkan pampasan secara sekali sahaja sebanyak RM200.

Walau bagaimanapun, pelanggan layak menerimanya jika penerbangan tertunda sekurang-kurangnya dua (2) jam dari tarikh berlepas yang dijadualkan atau mana-mana waktu berlepas baru.

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati potongan 30% pilihan tempat duduk untuk penerbangan AirAsia X (D7), serta diskaun 10% untuk makanan dalam penerbangan yang ditempah awal untuk semua penerbangan ditempah dalam tempoh promosi.

Selain itu, nikmati diskaun sehingga 50% daripada mana-mana hotel di seluruh dunia dan POTONGAN RM3 x 2 perjalanan dengan kod promo MOVEMY apabila anda menempah perjalanan airasia di airasia Superapp yang akan dijenamakan semula kepada airasia MOVE tidak lama lagi.

Bagi pengguna BigPay pula boleh membuat pembayaran segera dengan hanya ‘satu klik’. Tiada kad BigPay? Anda boleh mendaftar dan menggunakan refferal code ini 1GZSREAKLO untuk mendapatkan kredit sebanyak RM5.