Berita mengenai Putera William sudah pun memeluk Islam telah menyebabkan media sosial meletus dengan pelbagai spekulasi dan kejutan.
Maklumat tentang bakal Raja England memeluk Islam ini disebarkan oleh akaun TikTok british_daily.
Baca Juga:
- Selepas Umum Keluar Dari Keluarga Diraja, Putera Harry Dan Meghan Markle Ditawarkan Kerja Oleh Burger King
- Rasmi Jadi Suami Anisha Rosnah, Ini Nilai Kekayaan Putera Mateen
Dalam video yang telah ditonton lebih 1 juta pengguna itu, Putera William dan isterinya, Kate Middleton kelihatan mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti yang melibatkan pemimpin agama Islam.
โPutera William didakwa beragama Islam,โ demikian narasi unggahan video tersebut.
Dalam video tersebut, Putera William juga dilihat melakukan pertemuan secara Zoom bersama beberapa orang. Dia pun bertanya khabar dalam bahasa Arab, “Assalamualaikum”.
@british_daily Prince William is claimed to be a Muslim #princewilliam #royalfamily #british #uknews #muslim #royalnews
โฌ original sound – ๐ฝ๐ง๐๐ฉ๐๐จ๐ ๐๐๐๐ก๐ฎ ๐ฌ๐ง
Kemudian, Putera William turut melawat masjid dan masyarakat Islam dan beberapa kali mengambil bahagian dalam aktiviti yang melibatkan pemimpin agama Islam.
Dakwaan bahawa Putera William telah memeluk Islam menjadi topik perbincangan akhbar British dan menjadi topik perbincangan hangat di media sosial.
Bagaimanapun, Istana Buckingham tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi untuk menafikan atau mengesahkan dakwaan tersebut.
Sebelum ini Putera William berpendirian tegas mahu menamatkan konflik antara Israel dan Hamas, kini ditambah pula dengan laporan mengenai lawatannya ke masjid dan masyarakat Islam telah menambahkan lagi spekulasi mengenai agamanya.
Bagaimanapun, kebanyakan tumpuan orang ramai tertumpu kepada kesan politik dan reputasi putera raja dan keluarga diraja British jika benar beliau sudah memeluk Islam.