Putera Harry percaya dia dilahirkan ke dunia ini hanyalah sebagai ‘back up’ untuk organ jika suatu hari nanti, Putera William memerlukannya.
Kenyataan ini disampaikan Putera Harry dalam memoirnya terbaharunya, Spare, yang dikeluarkan pada Selasa lalu, seperti dilaporkan New York Post.
Baca Juga:
- Selepas Umum Keluar Dari Keluarga Diraja, Putera Harry Dan Meghan Markle Ditawarkan Kerja Oleh Burger King
- Putera Harry Dan Meghan Markle ‘Putuskan’ Hubungan Keluarga Diraja, Mahu Hidup Seperti Rakyat Biasa
“Dua tahun lebih tua daripada saya, Willy (Putera William) adalah Pewaris, manakala saya adalah Spare,” tulis Putera Harry dalam memoirnya.
Putera Harry dan Putera William adalah anak kepada Raja Charles III England.
Ibu mereka, Puteri Diana, meninggal dunia dalam kemalangan pada 31 Ogos 1997.
“Saya adalah bayangan, penyokong, pelan B. Saya dilahirkan ke dunia sekiranya sesuatu berlaku kepada Willy,” tulisnya tentang Putera William, yang kini adalah pewaris takhta British.
Putera Harry menambah bahawa dia menyedari tugasnya untuk menjadi pembantu kepada abangnya.
Atau jika perlu, sambung Putera Harry, menjadi kewajipannya untuk menyediakan ‘alat ganti’ kepada Putera William.
“Buah pinggang, mungkin. Pemindahan darah atau saraf tunjang,” kata Putera Harry dalam memoirnya, Spare.
Dia juga menulis bahawa Raja Charles III tidak akan pernah menaiki pesawat yang sama dengan Putera William.
Putera Harry berkata ini kerana ketakutan mereka bahawa ada potensi di mana kedua-dua mereka boleh terbunuh.
“Tetapi tiada siapa yang peduli dengan siapa saya mengembara. ‘Spare’ sentiasa boleh dimaafkan,” dakwa Putera Harry.
Dakwanya, ketika berusia 20 tahun, dia diberitahu bapanya menyambut kelahirannya dengan sindiran.
“Luar biasa! Sekarang anda telah memberikan saya seorang Waris dan Simpanan – tugas saya telah selesai. Mungkin bergurau, saya rasa,” tulis Harry.
Walaupun menamakan memoirnya Spare, Harry menganggap dia sudah menerimanya takdirnya dari awal.
“Saya tidak tersinggung, saya tidak merasakan apa-apa mengenainya,” tulisnya.
“Setiap lelaki dan perempuan, sekurang-kurangnya sekali, membayangkan diri mereka sebagai putera raja atau puteri. Oleh itu, Spare atau bukan Spare, tidaklah begitu teruk,” katanya.