Putera Harry, isterinya Meghan dan ibunya Doria Ragland terlibat dalam aksi kejar-mengejar dengan paparazzi sehingga hampir berlakunya kemalangan ’ngeri’, kata jurucakap pasangan itu seperti yang dilaporkan Insider.
Difahamkan bahawa insiden ini berlaku selepas Harry dan Meghan meninggalkan majlis anugerah di New York pada hari Selasa. Ketika mahu pulang, mereka dikejar oleh paparazi sehingga hampir berlakukan ‘beberapa kemalangan’.
Baca Juga:
- Putera Harry Percaya Dia Dilahirkan Untuk Jadi ‘Spare Part’ Organ Kepada Putera William
- The Rock Tak Puas Hati Putera William Menang Lelaki Botak Paling Seksi
Dalam satu kenyataan, jurucakap pasangan itu berkata, “Malam tadi, Duke dan Duchess of Sussex dan Cik Ragland terlibat dalam aksi kejar-mengejar dengan kereta yang hampir membawa malapetaka disebabkan sekumpulan paparazi yang sangat agresif.
“Kejar-mengejar tanpa henti ini, yang berlangsung lebih dua jam, mengakibatkan beberapa hampir berlakunya kemalangan membabitkan pemandu lain di jalan raya, pejalan kaki dan dua pegawai NYPD,” katanya.
Kejadian ini kelihatan sama seperti kematian maut yang menimpa Puteri Diana, ibu kepada Putera Harry yang maut selepas terlibat dengan kemalangan kereta di Paris, Perancis, ketika dikejar paparazi.
Pada awal pagi 31 Ogos 1997, Diana dan teman lelakinya, Dodi Fayed, berada di dalam Mercedes-Benz hitam apabila pemandu mereka cuba melarikan diri daripada paparazi sehingga melanggar tiang di terowong Pont de l’Alma. Pemandu, Henri Paul, dan Fayed meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Diana pula meninggal di hospital.
Dalam dokumentari 2017 “Diana, 7 Days,” Harry bersuara menentang jurugambar yang katanya menyebabkan nahas yang membunuh ibunya.
“Salah satu perkara yang paling sukar untuk diterima ialah hakikat bahawa orang yang mengejarnya ke dalam terowong adalah orang yang sama yang mengambil gambarnya ketika dia maut di tempat duduk belakang kereta,” katanya.
“Saya dan William tahu itu, kami telah diberitahu berkali-kali oleh orang yang tahu perkara ini berlaku. Dia mengalami kecederaan kepala yang agak teruk tetapi masih bernafas di tempat duduk belakang dan mereka yang menyebabkan kemalangan, bukannya membantu , tetapi mengambil gambar kematiannya. Dan kemudian gambar-gambar itu kembali ke meja berita di negara ini.”