Kelab Arab Saudi, Al-Hilal sedang mempertimbangkan untuk menamatkan kontrak Neymar selepas pemain itu terpaksa berehat panjang ekoran mengalami kecederaan.
Bekas pemain Barcelona itu baru sahaja kembali selepas berehat panjang ekoran kecederaan Anterior Cruciate Ligaments (ACL) yang dialami ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Brazil pada Oktober tahun lalu.
Baca Juga:
- ‘Neymar Malaysia’ Kembali Perkuat Jentera Serangan Sabah
- Bekas Kelab Pele Dan Neymar Bakal Uji Kekuatan Kedah Darul Aman
- Dikritik Gemuk, Neymar Anggap Berat Badan Terkini Sebagai ‘Beauty Weight’
Akan tetapi, pemain berusia 32 tahun itu terpaksa sekali lagi berehat panjang selepas mengalami kecederaan ketika diturunkan dalam perlawanan saingan AFC Champions League (ACL) Elite menentang kelab Iran, Esteghlal baru-baru ini.
🚨🇧🇷 Neymar has suffered a tear in his hamstring and he will be out for 4-6 weeks, Al Hilal confirms. pic.twitter.com/ivZDOSnWZY
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 6, 2024
Menurut kenyataan pihak kelab, Neymar mengalami kecederaan pangkal paha dan beliau terpaksa berehat selama empat minggu bagi menjalani proses pemulihan.
Perkara ini nyata membuatkan Al-Hilal kurang senang dengan isu kecederaan yang sering dialami pemain itu dimana beliau hanya beraksi sebanyak 7 perlawanan liga sejak menyertai kelab Saudi itu.
Terdapat laporan yang mendakwa kelab itu semakin meragui peranan yang boleh dimainkan Neymar dalam enam bulan terakhir musim ini, dengan kontrak sebesar £130 juta setahun akan tamat pada penghujung musim ini.
Al-Hilal dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menamatkan kontrak Neymar pada Januari dalam usaha untuk menjimatkan kewangan kelab, sambil memberikan pengurus Jorge Jesus fleksibiliti yang lebih besar dalam skuadnya.
Bekas kapten Brazil itu kini merupakan salah seorang daripada lapan pemain asing berusia lebih 21 tahun dalam skuad Al-Hilal, meletakkan kelab itu pada had import luar negara di bawah peraturan Liga Pro Saudi.
Penamatan kontrak akan menawarkan peluang kepada Neymar untuk kembali ke Brazil, di mana dia telah dikaitkan dengan menyertai semula Santos, di mana dia menyinar sehingga menarik perhatian Barcelona.
Beliau juga dikhabarkan akan bersatu semula dengan bekas rakan sepasukannya iaitU Lionel Messi dan Luis Suarez di kelab Major League Soccer (MLS) iaitu Inter Miami, dengan ketiga-tiga mereka telah membentuk trio serangan terbaik semasa mereka di Barcelona.