Tular satu klip video memaparkan seorang lelaki dipukul beberapa pekerja restoran makanan segera.

Walaupun ada yang cuba meleraikan pergaduhan, namun nampak mereka semua enggan ‘melepaskan’ lelaki terbabit.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Manakala orang awam di sekeliling hanya melihat, bahkan kelihatan seorang wanita duduk tenang seperti tiada apa-apa berlaku di luar restoran makanan segera itu.

Menerusi perkongsian X.com @nisarosdan, lelaki yang kena pukul itu merupakan seorang warga asing terkenal di Bukit Bintang yang sering mengganggu staf perempuan di kawasan itu.

Tambahnya lagi, lelaki warga asing itu pernah mengugut bunuh rakan sekerjanya selepas kena rejected dan tidak dilayan selepas sering kali datang ke tempat kerja wanita itu untuk mengintai.

Difahamkan juga, lelaki warga asing itu pernah dimasukkan ke dalam penjara.

Ada yang bersimpati dengan warga asing yang dibelasah itu. Kata mereka, adalah lebih baik tidak menggunakan kekerasan walaupun lelaki terbabit membuat kesalahan.

Warganet juga meminta agar pekerja-pekerja di kawasan itu untuk membuat laporan polis bagi mengelakkan gangguan berulang pada masa akan datang.

Dalam pada itu, ada yang bersetuju warga asing itu dibelasah kerana sudah banyak insiden melibatkan warga asing membuat onar di negara ini.

Setakat artikel ini tulis, pihak restoran makanan segera itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung video klip yang tular di media sosial pada ketika ini.