Sekiranya orang ramai berkunjung ke negeri Kedah, pastinya Pekan Rabu antara lokasi yang dituju dalam mendapatkan aneka barangan. Pekan Rabu juga boleh dikatakan antara lokasi ikonik di negeri jelapang padi ini.
Bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung di mana orang ramai tidak dapat merentas negeri, pastinya ramai yang merindui suasana serta barangan yang terdapat di Pekan Rabu Alor Star.
Menariknya, kini anda tidak lagi perlu ke Kedah untuk mendapatkan barangan yang terdapat di Pekan Rabu, sebaliknya segala barangan yang sering menjadi pilihan di Pekan Rabu kini tersedia di Shopee. Menarik bukan?
Ikuti perkongsian pengguna Twitter iaitu Nisa Kay dalam berkongsi barangan menarik yang boleh didapatkan terus menerusi kedai rasmi Shopee Pasar Mini Pekan Rabu Alor Star.
Bila-bila pergi Kedah, aku tak pernah fail lagi singgah Pekan Rabu, untuk shopping / makan / cuci mata. Bila tak dapat berjalan ni frust jugak tak boleh ke sana. Tapi rupanya Pekan Rabu ada Shopee store !
Ini adalah bebenang apa yang aku beli dekat shopee Pekan Rabu! Haha! 👇👇 pic.twitter.com/KG5qUy6v5C
— Nisa Kay Murah Rezeki (@nisa_kay) February 11, 2021
Untuk pengetahuan anda, Pekan Rabu merupakan sebuah pusat setempat yang menawarkan pelbagai barangan bermula daripada barangan dapur, makanan kering sehinggalah kepada pakaian. Menariknya, hampir kesemua barangan yang ditawarkan di sini merupakan barangan tempatan khususnya keluaran rakyat Kedah.
Antara yang menarik perhatian ramai sudah pastinya dodol lemak yang dihasilkan oleh Koperasi Pekan Rabu Alor Star. Rasanya yang manis dan berlemak pastinya membuatkan mereka yang pernah merasainya untuk mencuba lagi.
Macam mak mak pulak rasa shopping barang nak memasak ni. Haha asam jawa pun check out dari shopee Pekan Rabu. Punya la malas aku pergi beli kat kedai runcit. 😂
Shopee 🛒 https://t.co/Q7jYHfpNop pic.twitter.com/IjGKsEKg6w
— Nisa Kay Murah Rezeki (@nisa_kay) February 11, 2021
Kopi cap Gantang ni femes ehhh???
Shopee link 🛒 https://t.co/i1Uw4FqXKiMy fav kacang pistachio pun adeee yeayyy!
Shopee link 🛒 https://t.co/aN4W6Dlxx6 pic.twitter.com/FlgwV8j15N— Nisa Kay Murah Rezeki (@nisa_kay) February 11, 2021
Khusus buat peminat kopi kampung, kopi cap Gantang pastinya antara yang menjadi pilihan. Khabarnya, kopi yang dihasilkan di Kedah ini sukar untuk didapati di kawasan lain melainkan di Utara Malaysia.
Aku beli bahulu gais! Dari Kedah mari! Bekas tak pecah, kuih tak hancur. Fuhh mmg lembut and sedap! Favouriteeee!!!!
Shopee 🛒 https://t.co/sXu8Xg4klC pic.twitter.com/vve1oeRs4q
— Nisa Kay Murah Rezeki (@nisa_kay) February 11, 2021
By the way nak tunjuk yang they properly packed everything, selotep punya banyak and letak dalam kotak. Takde satu pun brg pecah or bocor. Kuih bangkit aku takde pun yang hancur! Bekas kuih bahulu pun x pecah! 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻
Shopee Pekan Rabu : https://t.co/vXLId5EQic pic.twitter.com/nYqTn86yxr
— Nisa Kay Murah Rezeki (@nisa_kay) February 11, 2021
Perkara yang menarik perhatian kami dan pastinya membuatkan orang ramai selesa untuk mendapatkan barangan di Shopee Pekan Rabu ini sudah pastinya balutan kemas makanan yang dibeli. Dalam erti kata lain, anda tidak lagi perlu risau mengenai keadaan bahulu atau simpul kasih yang diborong dan dihantar dari Kedah.
Anda boleh lihat pelbagai lagi barangan menarik yang ditawarkan Shopee Pekan Rabu dengan klik di sini. Berdasarkan tinjauan kami, harga yang ditawarkan boleh dikatakan agak berpatutan dan berbaloi untuk didapatkan khususnya mereka yang mahukan produk keluaran Kedah.
Tular pada minggu lalu apabila sebuah Proton Saga keluaran 1989 yang tampak seperti baharu sedia untuk dijual dengan harga RM25,000.
Nampak Seperti Kereta Baru, Proton Saga Tahun 1989 Mahu Dijual Dengan Harga RM25,000
Syarikat IT Di Shah Alam Jadi Syarikat Pertama Didakwa Kerana Jual ‘Android Box’