Nama Fikry Ibrahim menjadi bualan ramai apabila dia memuat naik sebuah video di Twitter miliknya menunjukkan suasana dirinya ‘dijemput’ untuk menunaikan solat Jumaat di Korea Selatan sehingga dikatakan mempersenda agama serta budaya negara berkenaan.
Menerusi video yang dimuat naik pada Jumaat lalu itu, video tersebut juga memaparkan figura imam yang disegani di Korea Selatan iaitu Imam Abdullah Al-Kory memberikan khutbah.
Baca Juga:
- ‘Dia Tenangkan Diri Sahaja’ – Isteri Nafi Dakwaan Netizen Zul Yahya Berdepan Masalah Keluarga
- Pelawak Persenda Agama Rayu Dana Awam Sebanyak RM40,000 Untuk Bayar Ikat Jamin
- Justin Bieber Bertudung Semasa Konsert Di AS, Dituduh Persendakan Islam
DIJEMPUT SOLAT DI KOREA pic.twitter.com/jVjr4tNlO8
— FIKRY IBRAHIM (@AfikryAibrahim) February 24, 2023
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengecam tindakan Fikry yang memuat naik konten seperti itu. Malah, ada juga netizen mengatakan tindakannya itu adalah tidak wajar dan tidak kelakar.
Apa yang membuatkan orang ramai marah kerana memaparkan figura Imam Abdullah Al-Kory dan tindakannya dalam video tersebut turut dianggap tidak sopan.
It takes Korean context baru dia ni kena. Dari setahun lepas kot aku tengok dia dok buat lawak dengar khutbah negara asing (content pun ciplak dari Tik Toker Indonesia), tapi krik krik je masa tu. https://t.co/Ccr1Cilm2R
— 𝑨𝒌𝒂𝒖𝒏𝑨𝒏𝒐𝒏 🇲🇾 (@AkaunAnon) February 27, 2023
https://twitter.com/neyabeau/status/1629972311058300928
Come on bang, you can do better than this. https://t.co/jWo0BNrTrb
— 😵 (@neykehcni) February 26, 2023
perguna agama to make fun of a sermon in a language that's not yours is crazy 💀 https://t.co/7gaF1WIQR9
— dyne (@anthusvp) February 26, 2023
Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut berasa marah kerana video tersebut dilihat seolah-olah mempermainkan agama dan juga ‘menyindir’ budaya di sana. Malah, ada juga netizen mengatakan ini bukan pertama kali Fikry memuat naik video seperti ini.