Sejak Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan COVID-19 di Malaysia bakal memasuki fasa endemik menjelang Oktober nanti, sudah banyak kelonggaran telah diberikan kepada rakyat untuk meneruskan kehidupan seperti biasa bersama virus ini.
Namun baru-baru ini tindakan empat orang lelaki meraikan ‘kelonggaran’ tersebut dengan berlumba dan melawan arus menggunakan kereta-kereta mewah yang terdiri daripada 2 buah model Nissan GT-R R35, sebuah BMW M6 dan Mercedes-Benz. Akhirnya tindakan berbahaya mereka membawa padah apabila ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan pada malam semalam, lapor Harian Metro
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, pihaknya menjalankan operasi berkenaan dengan kekuatan dua pegawai dan 19 anggota daripada Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman, antara 10 malam hingga 4.45 pagi tadi.
“Pada 11.20 malam pasukan operasi melihat dua kereta jenis Nissan GTR R35 secara melawan arus didapati bersaing secara sendiri sehingga ke susur keluar kawasan rehat dan rawat (R&R) Awan Besar.
“Pada 11.50 malam dua kenderaan lain jenis BMW M6 dan Mercedes-Benz didapati melakukan aksi sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Memetik Harian Metro, pada pukul 12.30 tengah malam semua suspek dilihat memberhentikan kenderaan di kawasan parkir R&R Awan Besar dan sepasukan polis kemudiannya menghampiri dan menahan kesemua suspek yang berusia 24 hingga 34 tahun, lalu membawa mereka ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.
Tindakan lebih 10 buah Honda Civic potong treler secara berbahaya mengundang kemarahan netizen. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
Netizen Bengang Lihat ‘Geng Honda Civic’ Potong Treler Dan Bahayakan Pengguna Jalan Raya Lain
Kes Harian Belum Berkurangan, Netizen Kecewa Geng ‘Motosikal Besar’ Berkonvoi Dan Langgar SOP
Geng Motosikal Salah Tafsir Kebenaran Aktiviti Permotoran, Kena Kompaun Ketika Berkonvoi